Friday, December 30, 2011

kamu sebagai cermin..^_^




“Rasullulllah SAW bersabda: setiap kamu merupakan penjuru dari penujuru-penjuru Islam. Musuh akan menyerang melalui penjuru kamu maka pertahankanlah penjuru kamu”


Macam pernah dengarkan hadis ni? ^_^ Hadis ini menjelaskan bahawa kita adalah duta-duta Islam dimana pun kita berada. Segala yang kita lakukan, sepatutnya kita cuba untuk menjadikan ia ibadah dan semua tempat adalah mihrab. Bukan muslim melihat kita sebagai insan yg membawa islam. Kita duk kata islam itu tinggi, islam itu indah, islam itu cara hidup yg lengkap. Dan mereka mencari dimana berbezanya kita dan mereka. Tang mana hebatnya islam yg diuar2 kan?? Andai kita sama dgn mereka, dimana lebihnya kita sebagai org islam. Depa makan rasuah, kita duk tumpang sekaki, depa bergaduh sesama mereka, kita pun nak buat perangai cam depa. Dan ada segelintir insan yg lebih buruk sikapnya dari yg bukan islam. Hilang identity islam dalam dirinya. Yang tinggal, hanya nama pada kad pengenalan ja yang ada bin atau binti dan agama. Moga Allah menjauhkan kita dari bersikap begini. T_T


Allah berfiman:

“kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yg makruf dan mencegah dari yg mungkar dan beriman kepada Allah…”Ali-imran: 110


Kita umat islam adalah yg terbaik jika kita bersikap seperti diatas. Namun, sekarang banyak yang kita lihat kita menjadi fitnah dalam agama kita sendiri. Islam dipandang rendah kerana sikap kita. Ditindas kerana kesilapan kita sendiri. Jangan disalahkan takdir kerana Allah menyuruh kita berusaha terlebih dahulu. Takdir terletak dihujung usaha manusia. Kan Allah dah kata, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tak mahu merubah diri mereka..


Sikap kita sekarang, rasuah merasuah, tindas menindas ibarat biskut makanan harian kita. Dah jadi macam tabiat pula. Hilangnya rasa malu pada Allah dan terpijaknya iman kerana pangkat dan dunia menyebabkan kita sendiri menempah nama untuk kegagalan. Bukan hanya kegagalan di dunia, di akhirat pun sama. Dan yang paling kita takut, kerana sikap kita yang buruk, insan yang tidak mengetahui tentang islam akn memandang islam agama yg buruk. Mereka yang tertarik dengan islam terus berhenti dari mengkaji islam kerana melihat sikap kita. Nauzubillah..


Oleh itu, marilah kita semua bersama2 membaiki sikap kita. Jangan sampai kita menjadi fitnah dalam agama kita sendiri. Pertahankanlah penjuru kamu. Tak kiralah siapa kamu, ahli politik, doctor, petani, pemandu. Kita yang membawa islam. Saya pun menyeru dan mengingatkan diri saya juga sebenarnya. Kadang2 kita terlupa. Kita bukan maksum dan sempurna. Iman kita pun ada masa turun naiknya. Inilah masanya kita saling ingat mengingati. Ingatlah resmi kita sebagai umat islam..kita semua adalah bersaudara. Takmil wa istikmal, saling melengkapi. Moga ada kesempatan lagi utk bertemu. Waallahualam.

Sunday, December 4, 2011

Dia tahu.. ^_^


bismillahirahmanirahim,

alhamdullilah, akhirnya hari ni Allah izinkan saya update post. dah lama rasanya tak berkongsi dgn kalian.. meh, saya mulakan dgn beberapa situasi yg mungkin kita pernah buat, sedang buat atau bakal buat. =] situasi mungkin akn berubah mengikut persekitaran.. ^^

[situasi 1] " takpelah masuk keje lambat sikit. bukan bos tahu pun. boleh pi minum teh tarik dulu..hehehe" atau " weh, tolong punch card aku nanti ye. nak balik awal. ada hal dgn kawan."

[situasi 2] " ala, buat assignment ni ala kadar je lah..bukan banyak pun carry mark nye..satgi nak pi main boling kat Queensbay lambat org plak.." atau " aish, apelah lecturer ni bagi keje banyak2. orang nk tgk drama korea ni pun tak senang.." buat sambil mulut membebel.

pernah tak kita alami situasi macam ni? banyak lagi situasi sebenarnya. tapi saya bagi contoh dua ni je la. mungkin ada yg pernah, mungkin ada yg pernah tgk peel manusia begini.

jom, renung ayat cinta ini:


"dan katakanlah ' berkerjalah kamu, maka Allah akn melihat pekerjaanmu,begitu juga rasulNya dan org2 mukmin dan kamu akn dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan" at-taubah:105

erk?! Allah melihat rupanya. Ye, Allah melihat apa yg kamu kerjakan. bukan hanya dari sudut perkerjaan je, niat hati kamu juga Dia ketahui. dan kita akn diberitahu semula apa yg pernah kita buat..

jika kita dapat merasa Allah melihat setiap apa yg kita lakukan dan yakin bahawa janji Nya benar, nk buat benda tak baik pun kita tak berani dan kita akn sentiasa nk buat kebaikan.

meh, kita renung kembali..macam mana kita berkerja..adakah bersungguh2 dan niat kerana Nya atau kita ala2 kadar je atau kita berkerja utk sesuatu seperti duit, nama atau pangkat? tepuk dada, tanya iman ye.. moga Allah meredhai kita semua.. waallahualam..


Monday, November 14, 2011

drama kehidupan..(^_~)


[situasi 1] “aku sedih weh. Kenapa mak ayah aku tak boleh terima dia? Ni kali pertama aku dapat terima seseorang dalam hati aku. Tetiba mak ayah aku tak suka plak. “ beberapa hari kemudian, dalam esakan “ aku da cakap pada lelaki tu dah yang aku tak boleh teruskan hubungan ni. Mak ayah aku tak suka. Memang aku masih sygkan dia tapi aku pilih mak ayah aku. Tapi aku masih tak redha sepenuhnya dgn tindakan mak ayah aku. Macam ada benci dalam hati ni. Dan aku x dapat lepaskan. Semua yg aku buat serba tak kena. Aku rs nk marah dan semua org buat aku marah. aku benci bila ada kwn aku sebut pasal kahwin dan kekasih sebab aku tak boleh bercerita atau bercinta macam depa.”


[situasi 2] “ hmm, buat baik pada org pun bukan dapat apa. Siap ada yg amik kesempatan lagi. Kena tikam belakang senyap2. Rasa macam bodoh pun ada. Pasni takde masa da nk buat baik2 kt org. aku hal aku, kau hal kau. “ detik hati yg penuh dgn kecewa dan dendam.

* situasi berdasarkan pengalaman sendiri atau dari insan lain. sekadar utk perkongsian. (^_^)


Bismillahirahmanirahim,

Syukur, dgn berkat dan rahmat kasih sygNya jari2 ni masih dapat menukil coretan buat perkongsian dgn saudara-saudari seiman ku. Hmm, pernah kita hadapi atau melihat 2 situasi diatas dalam kehidupan kita? Mungkin bukan kita mengalaminya. Tapi ada insan lain yg Allah uji dgn situasi begini. Dan bagaimana mereka selesaikan masalah hati mereka?


[situasi 1] tindakan yg betul apabila menolak seorg lelaki yg baru dikenali dan dicintai demi ibu ayah yg membesarkan dan banyak berkorban utk kita. Bagi soalan kenapa ibu ayah tak dapat terima lelaki tu, mereka ibu ayah ada alas an tersendiri. Ingatlah tiada ibu ayah yang tak sayangkan anak.Dan Allah ada jawapannya mengapa Dia uji kamu begitu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS 2: 216).


Yakinlah, janji Allah benar. Jika insan itu ditakdirkan buat kamu, walau sejauh mana pun kalian terpisah, walau semua org tak memberi keizinan, dgn kuasa Allah, tuhan yg memegang hati manusia, pasti kalian akn bersatu. Buat masa sekarang, belajarlah untuk redha dan berharap hanya padaNya. Ya, buat masa terdekat ni, hati akn terasa sangat sakit. Semua rasa serba tak kena. Jangan risau, ia tak lama. Ibarat buat latihan tubi untuk badan. Mula2 latihan memang sakit satu badan, tapi bila da biasa, segalanya mudah. Walaupun tekanan yang berat pun, badan mampu untuk menghadapinya. Begitu juga dgn hati. kita buat latihan tubi buat hati dengan banyakkan zikir, tadabbur, qiamulail dan berpuasa. Pasti, hati akan sangat kuat dan dekat dengan Allah, insyaAllah.=)


Sabar, redha dan masa adalah ubat segalanya. Sabar dan redha bukan bemaksud berdiam diri. Ruang masa yang ada digunakan untuk memperbaiki diri. Kan lebih baik? =) bab jodoh adalah rahsia Allah. kita sebagai hamba berusaha utk menjadi hamba yg baik dan taat. Dan Dia akn kirimkan insan yg taat dan baik juga utk kita..insyaAllah. berbaik sangkalah pd Allah. Allah Taala berfirman menerusi sebuah hadis qudsi: “Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu maka berprasangkalah ia kepadaKu sesukanya” maka, kalau kita bersangka buruk, buruklah yg kita perolehi. Kalau kita bersangka baik, maka baiklah jadinya.insyaAllah.. =)


[situasi 2] manusia sifatnya pelupa dan sering buat kesilapan. Kadang2 kita sendiri pun lupa nk ucapkan terima kasih pada mak ayah yang da banyak berjasa pada kita. Inikan pulak orang yg baru kita tolong sekali dua.mungkin dia lupa nk ucap terima kasih pd kita. Takkanlah hanya kerana seorang yang tak menghargai pertolongan kita, habis semua orang kita tak nak tolong. Hanya kerana seorang yg menikam kita, habis semua orang kita tikam semula. Kita marah andai ada orang yang menikam kita, dan kalau kita membalas balik tikaman tu, apa beza kita dengan orang yg menikam tu?? Sama je la kita dengan dia kan?


Silap yang selalu kita lakukan adalah bila kita buat sesuatu, kita mengharapkan penghargaan atau balasan dari manusia. Bukan semua orang pandai menghargai. Bila kita buat sesuatu kerana manusia, dan mereka tak menghargai bantuan kita, mulalah hati akn merungut2. Hmm,hati yg ikhlas,akn merungut2 ke? Tepuk dada,Tanya iman. =)


Meh,Kita ubah pulak situasinya jadi begini. “ tak pe lah. Mereka tak hargai tapi Allah hargai. Aku lakukan segalanya ni kerana nk meraih redhaNya” kan tenang hati.lapang dada nk buat baik lagi sbb kita tahu matlamat kita buat kebaikan bukan kerana manusia tapi kerana Allah.. =) Allah sentiasa menghargai hambaNya. Walau sekecil mana pun kebaikan yg kamu buat, akn Dia hitung dalam neraca pembalasan nanti. Dengan syarat, kamu ikhlas.


Kepada yang kena ‘tikam’, jangan risau. Berlapang dadalah. Hubungan kamu dengan mereka adalah tanggungjawab kamu dengan Allah. dan hubungan mereka dengan kamu adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. kan setiap kita mempunyai tanggungjawab terhadap manusia.


Kesian pada yg ‘menikam’. Hati mereka ada masalah. Kita yang diizin Allah dapat kefahaman islam sepatutnya membantu mereka. Kejahilan tak boleh dilawan dengn kekerasan. Islam kn agama yang penuh kasih sayang. Dekati mereka dengan rasa sayang dan belas.


Kesimpulannya,. kedua2 situasi ini dapat diselesaikan dengan iman. Andai kita yakin bahawa Allah yg menyusun kehidupan kita dgn sebaik2nya dan berharap hanya pdNya, yakinlah hati akan menjadi lapang dan tenang. Walau apa pun luka dunia yang datang menghiris, ia tak meninggalkan bekas pada hati kita dan hanya dgn iman dapat merungkai keserabutan hati. Jadi, jom! Mantapkan iman.sebab itu benteng terkuat kita..(^_^)

Tuesday, November 1, 2011

dunia..padang permainan..^^

Pagi tadi bersiar2 di iluvislam.com dan alhamdullilah, Allah izinkan ada satu artikel yg menyentuh hati. Tajuk artikelnya adalah paksi hati, tulisan Nur, Pelajar tahun dua Universiti Utara Malaysia. Beliau adalah penulis blog http://rainnmerainbow.blogspot.com. Ayat Allah yg mengusik hati ku..

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu."

Surah Muhammad: 36

Terbayang padang permainan. Ramai org bergembira disitu. Gelak tawa kedengaran. Namun, ia tak kekal lama kerana mereka akn pulang. Dan padang permainan akn kosong. Itulah ibaratnya dunia..

Termenung sebentar dan muhasabah diri. Benar.. sungguh apa yg Allah sampaikan dalam kalamullah adalah benar. Dunia ini hanyalah permainan. Apalah gunanya menangis utk dunia jika Allah mengatakan ia akn hancur. Tidak akan kekal. Hati berbunga2 dan bibir tersenyum senang.

Moga Allah memberi kebaikan kepada penulis dan memberi kemudahan kepadanya dlm menulis.

Waallahualam.

Monday, October 31, 2011

matlamat..wasilah..paksinya IMAN


Bismillahirahmanirahim..

Seringkali kita mendengar atau berkata “ aku menyayangi dan mencintai dia kerana Allah” dan kemudian ditakdirkan Allah, kita tidak bersama dgn insan yg kita sygi itu.. adakah kita bersedih hati dan kecewa? Jika ya, renung semula hati dan persoalkan niat kita. Benarkah kita mencintai keranaNya..semak matlamat dan wasilah kita.


Matlamat kita adalah redha Allah..dan wasilah kita adalah mencintai insan soleh atau solehah utk bersama supaya dapat membina baitul muslim dan membentuk generasi islam yg diredhai Allah. andai Allah merancang bahawa insan itu tidak dicipta utk kita, ia sepatutnya tidak menjadi masalah atau luka dalam hati.. kerana insan solehah atau soleh itu hanya menjadi wasilah dalam matlamat kita. Kita akan mencari insan lain dan yakin akan janji Allah bahawa ada insan soleh atau solehah lain yg dicipta utk kita.. bukankah janji itu mampu buat kita tersenyum?


Memang benar, ia menyakitkan. Namun ia tak melumpuhkan. Ia ibarat angin yg menyapa muka namun ia tak berbekas di hati. Seorang yg beriman kepada Allah dgn sebenar iman,akan bangun semula dgn tabah dan melangkah utk meneruskan perjalanan. Dia sedar bahawa tiada yg kekal di dunia ini dan negeri akhirat itu jua yg kekal abadi. Ujian adalah utk mendidik hati supaya lebih kuat.


Bagaimana nk menghadapi semua ini? Jwpannya adalah IMAN. Itulah paksi dalam hati. Jika kita benar beriman, apa pun berlaku, ujian yg melanda dihadapi dgn tenang dan redha. Ditikam sahabat baik, ditipu dan dikhianati, itu perkara biasa dalam kehidupan. Biarkan mereka menghancurkan hatimu, namun mereka takkan mampu merobohkan keimanan mu..Allah snts bersama dgn org yg bersabar.


apakah manusia itu mengira Kami akn membiarkan mereka berkata, : “kami telah beriman” sedangkan mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg terdahulu sebelum mereka (maka dgn ujian yg demikian) nyata apa yg diketahui Allah tentang org2 yg sebenar2nya beriman dan nyata pula apa yg diketahuiNya tentang org2 yg berdusta” Al-ankabut:2-3


Ayat di atas membuktikan bahawa tidak cukup dgn berkata “aku beriman”. Kerana org yg berkata dia beriman, dia akn diuji. Bukan kerana Allah tidak tahu samaada dia benar2 beriman atau tak. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati hambaNya. Kita diuji kerana Allah mahu kita melihat sendiri tangga keimanan kita. Adakah di tangga yg atas atau bawah. Ujian diberi utk kita menilai diri samaada iman kita teguh atau rapuh. Bersyukurlah apabila Allah menguji. Ia menjadi cermin utk kita “refresh” iman.


Ingatlah, paksinya adalah IMAN. Ia menjadi tongkat dikala kita jatuh, menjadi benteng ketika kita diserang. Menjadi ubat dikala kepahitan dan menjadi cahaya ketika di dalam kegelapan. Binalah benteng iman itu dgn “bata ibadah” yg kuat dan istiqamahlah. insyaAllah akn tenang hatimu.. waallahualam.

Tuesday, October 25, 2011

put the glass down...^^



Bismillahirahmanirahim..

Tadi duk selongkar file document kt laptop ni, ternampak artikel ni..menarik..sebenarnya da lama nak kongsi, cuma belum berkesempatan..hari ni, alhamdullilah, dapat kongsikan..bila demam,cuti2 berehat, masa ni la boleh nk berjalan2 di file2 laptop..malas nk melayan demam sebenarnya..nanti lagi penat dan lemah..heee..jom, silakan membaca ye..^^

A professor began his class by holding up a glass with some water in it. He held it up for all to see and asked the students, 'How much do you think this glass weighs?'

'50 gms!'... '100 gms!'... '125 gms' ... the students answered.

'I really don't know unless I weigh it,' said the professor, 'but, my question is: What would happen if I held it up like this for a few minutes?'

'Nothing' the students said.

'Ok! What would happen if I held it up like this for an hour?' the professor asked.

'Your arm would begin to ache', said one of the students.

'You are right, now what would happen if I held it for a day?'

'Your arm could go numb, you might have severe muscle stress and paralysis and have to go to hospital for sure!' ventured another student; and all the students laughed.

'Very good. But during all this, did the weight of the glass change?' asked the professor.

'No'

'Then what caused the arm ache and the muscle stress?' The students were puzzled.

'Put the glass down!' said one of the students.

'Exactly!' said the professor. 'Life's problems are something like this. Hold it for a few minutes in your head and they seem okay. Think of them for a long time and they begin to ache. Hold it even longer and they begin to paralyze you. You will not be able to do anything'.

'It's important to think of the challenges (problems) in your life, but EVEN MORE IMPORTANT is to have trust in Allah (SWT) and to 'put them down' at the end of every day before you go to sleep. That way, you are not stressed, you wake up every day fresh and strong and can handle any issue, any challenge that comes your way!'

So, as it becomes time for you to leave office today, Remember friend to 'PUT THE GLASS DOWN TODAY' and have tranquility by putting trust in Almighty Allah (SWT).

Noble Qur'an says: "He it is who sent down tranquility into the hearts of the believers that they might have more faith added to their faith". (48:4) Tranquility is sign of strong faith while worries and stress is sign of weak faith.

Tell to your mind every day before you go to sleep: "YAA AYYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH, IRJI'II ILAA RABBIKI RADHIYATAN MARDHIYYAH, FADKHULII FII IBAADII WADKHULII JANNATII". (Al-Fajr 89:27-30)

"O soul that is at rest satisfied. Return to your Lord well-pleased (with Him), well-pleasing (Him). So, enter among My servants, and enter into my Paradise" Noble Qur'an.

p/s: enjoy each moment without forgetting Him. Don't hold your problems..It will caused you stress.. be happy dear! (^_^)

nikmat di sebalik ujian...





Bismillahirahmanirahim...

Alhamdullilah..masih diberi kesempatan utk menukilkan rasa hati..saya menulis dgn tgn yg bergetar..kepala yg masih berat..Allah menarik sekejap nikmat sihatnya dari saya..nak menguji samaada saya redha dan masih taat atau sebaliknya..Alhamdullilah, walaupun begini, saya bersyukur..Allah masih memberi kesempatan pd saya..

Semalam, saya termenung sebentar..Merasa ada sesuatu yg perlu saya hadam dari ujian ni..Dah lama tak demam full package mcm kali ni..Dah masuk 3 hari..Mesti ada sesuatu yg Allah sedang didik saya.. Dan selepas merenung dan mengimbas kembali, saya sedar beberapa perkara..:

1. Nikmat sihat adalah antara anugerah yg paling berharga pd setiap insan..walaupun kamu mempunyai harta segunung pun, andai kamu tak sihat, apalah gunanya harta..

2. Tunaikanlah hak bagi badan mu..Selama hampir sebulan, badan saya tak direhatkan dgn sebetul2 rehat..tiap hari berkerja..Kalau tak berkerja di farm, pergi ke KL la..mcm2 dilakukan..Badan pun perlu berehat..bila demam, semua urat dan anggota badan merungut..=)

3. Otak, hati dan badan, ada link..andai hati "sakit" , badan dan otak juga akn terkena tempiasnya..so, kunci utk badan yg sihat adalah "HATI yg sihat"..dan utk mendapatkan hati yg sihat, iman kena subur..utk suburkan iman, kena konsisten dalam beribadah.

banyak lagi sebenarnya...dan hikmah terbaik yg dapat saya lihat adalah saya dapat dekat dgn keluarga di Ipoh..abah masak bubur, mak temankan masa tidur..adik letakkan tangan di dahi,"kakak demam lg ke? nk adik belikan tomyam?" terharu bila mereka ada disisi..rs sgt disayangi..doa2 sisters dan brother di bumi minden..moga Allah memberi rahmatNya kepada kalian..

terima kasih Ya Allah..aku redha dgn ujianMu kerna ku yakin ada hikmah tersirat disebalik ujian Mu...

Waallahualam...

Monday, October 24, 2011

jatuh?? bangunlah kembali..=)





Bismillahirahmanirahim..

tika "berjalan2" di facebook, mata menangkap wall seorang insan yg Allah anugerahkan keistimewaan kepadanya dlm penulisan. nukilannya mampu menyentuh hati insan yg membaca..org kata, kalau kamu menulis atau memberi nasihat dari hati, ia akn menyentuh hati juga..alhamdullilah, moga beliau sentiasa ikhlas dlm perjuangannya..moga Allah sentiasa memberinya kekuatan utk berdakwah dan moga kita sama2 mendapat manfaatnya..jom, saya sharekan "Puisi Tidak Akan Jatuh Lama" nukilan ex-MATRI ni.. =)


Jatuh bangun lumrah kehidupan,
naik turun sunnah yang diberikan,
wujud di dalam manusia,
dan mereka hidup dengannya.

namun sebaik-baik manusia yang jatuh,
adalah yang bingkas naik semula,
yang melangkah tidak terhenti,
walau jatuhnya beberapa kali.

maka di manakah kekuatan,
untuk memanifestasikan usaha ini?
Carilah di kala engkau sujud kepada Ilahi,
pernahkah engkau mengadu kepada Empunya Kekuatan Diri?
pernahkah engkau berbicara denganNya sepenuh hati?

Kadangkala terlupa,
akan yang paling hampir dengan kita,
orang mukmin tidak akan jatuh lama,
kerana mereka percaya kepadaNya,

hati luka dirawat janji-janjiNya,
rasa kecewa diubat balasan-balasanNya,
tiada gundah yang tidak akan mampu dihapuskanNya,
merapat,
itulah resepi untuk tidak jatuh lama.

~ Hilal Asyraf ~
1223
231011
Irbid,
Jordan.
Kitab Usaha.

p/s: tak salah terjatuh kerna kadang2 langkah kita terpesong,kaki kita tersadung tapi jgn lupa bgn kembali dgn cepat.. jatuh dan menangis menambah pengalaman kita..ambil iktibar dan teruskan langkah..=) waallahualam..


Friday, October 7, 2011

sabarlah wahai hati..


Sabar… sesuatu yg mudah dilafaz tapi sukar dipraktikan. Adakalanya kesabaran kita memuncak. Selalu kita dengar, ada insan berkata “ tahap kesabaran aku ada hadnya”.Bermaksud bahawa mmg dia seorg yg sabar,namun jika ditekan terlalu sangat, hilang sabarnya nanti. Rasullulah SAW bersabda:” tidak ada seorg pun yg mendengar sesuatu yg menyakit lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki” (riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash’ari)

Pencipta kita mempunyai tahap sabar yg sangat tinggi. Macam2 yg kita lakukan, namun Dia snts mengampunkn kita dan memberi kepada kita. Tak malukah kita bila kita mengatakan tahap kesabaran kita ada batasnya? Dan jika kita kata begitu, layakkah kita masuk ke dalam syurgaNya? Kerana hanya org yg sabar yg layak memasuki tempat indah itu. Ia bukan tempat mereka yg kurang sabar.


“ dan para malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu sambil mengucapkannya keselamatan ke atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” (surah al-Ra’d:23-24)


Dalam meniti kehidupan ini, adakalanya kita terasa terlalu penat. Penat bersabar dgn karenah manusia, ujian yg menimpa. Setiap kita sudah tertulis bentuk ujiannya. Terduduk kita di satu sudut. Menghilang lelah yg tak sudah. Menitis air mata mencari di mana hujung kedukaan ini. Sabarlah wahai hati. Janji Allah itu pasti.


. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“.
(Al Baqarah : 153)

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)


Bersabarlah dan teruskanlah langkah mu. Jangan sesekali kita berputus asa dgn Allah.


“ dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa drpd rahmat Allah melainkan golongan kafir” Surah Yusuf, 87


Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )


Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Banyak lagi ayat cinta drNya yg dititip buat kita, hambaNya yg lemah, yg ada masanya terasa tak berdaya menongkah arus dunia. Bak kata ustaz Pahrol Mohamad Juoi, “bersabarlah dalam bersabar”. Jom praktikan dalam kehidupan. Kata2 sabar itu bukan hanya kata2. Ia adalah tanda iman kita. Samaada kita yakin dgn janjiNya atau kita masih ragu2 dgn hari pembalasan. Lakukan sesuatu perkara demi mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia. Moga kita dapat istiqamah dalam menghayati erti sabar yg sebenar. Ya Allah, teguhkan lah kesabaran kami dlm menempuh segala ujianMu. Amin..=) waallahulam.

Wednesday, October 5, 2011

teman paling afdal...



Bismillahirahmanirahim...subhanaallah, cantik langit hari ni. Terasa lapang dada melihat biru langit. Teringat pada sahabat2. walau jauh dimata, namun mereka tetap di hati dan dalam doa ku. Penulisan hari ni, ija nk share pasal "teman yg afdal".

Setiap kita punya kawan, sahabat,atau teman. Walau apa pun yg kita panggil mereka, mereka adalah antara insan yg paling rapat atau ada dgn kita selepas keluarga. Adakalanya, kita lebih banyak meluangkan masa dgn mereka lebih dari keluarga sendiri. Pernah kita dengar, kalau kamu mahu melihat macam mana diri kamu, lihatlah siapa sahabat kamu. Sahabat kamu mencerminkan siapa kamu. Dan lihatlah sekeliling kamu, siapa sahabat kamu.

Abu Ya’la telah mengeluarkn riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasullulah SAW telah ditanya: “ Ya Rasullulah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”

Sabda Baginda yg bermaksud, “Dia adalah org yg mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya dan bertambah ilmu kamu apabila kamu mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu pada Allah apabila kamu melihat amalannya.”

Itulah teman paling baik atau paling afdal buat kita. Bukan bermaksud kita tak perlu berkawan dgn insan yg tidak mengingatkn kita kepada Allah. Mungkin dgn berkawan dgn mereka, kita dapat membantu mereka dan diri kita sndr dlm mendekatkan diri kepada Allah. Berkawan dan bersilaturahimlah dgn semua insan. Tapi memilihlah utk rapat dgn siapa. Sebab kawan, teman atau sahabat akn mempengaruhi cara kamu berfikir, bertindak dan mentafsir.

Dan jangan hanya menilai sahabat2 disekeliling kita. Nilai juga diri kita samaada kita sudah menjadi sahabat yg baik buat sahabat2 kita. Kita mengharap beroleh sahabat yg baik, yg dapat mengingatkan kita apabila kita terlupa. Oleh itu, kita pun harus berusaha menjadi sahabat yg baik buat mereka. Berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingati. Ada perkara yg kita tahu, mereka tak tahu. Dan ada perkara yg mereka tahu, kita tak tahu.

Sahabat yg baik, bukan sahaja ada bersama kita dikala kita tersenyum, malah ketika kita terjatuh dan menangis, dia ada bersama dan menghulurkan tangan dan seiring berjalan bersama kita. Ketika kita tersalah langkah, dia menegur mengatakan ianya salah. Ketika kita berjaya, dia antara insan yg tersenyum bangga melihat kejayaan kita. Bukan mudah utk mencari sahabat yg sebegitu pada masa kini. Namun, ia bukan mustahil.

Andai kita sudah berusaha menjadi sahabat yg baik, namun kita masih tak menjumpai teman yg paling afdal buat kita, jangan berhenti menjadi sahabat yg baik. Kerana mungkin Allah ingin memberi pahala sabar kpd kamu dan Dia mahu kamu hanya berbicara dan berkongsi dgnNya. “Cukuplah Allah buatku.” Frasa ayat yg mampu buat hati yg kecewa, terubat. =)

Jom, jadilah sahabat yg baik, yg penuh dgn kasih sayang. Menegur sahabat bukan kerana riak dgn ilmu, tapi kerana syg akn dirinya dan ingin bersahabat hingga ke syurga. Moga Allah menjadikan kita sahabat yg paling afdal dan berjumpa dgn teman yg paling afdal buat kita. Waallahualam.

Tuesday, October 4, 2011

langkah tercipta..lagu semangatku...=)


Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdullilah, masih diberi kesempatan utk berkongsi rasa dlm diari maya ni. mari mulakan dgn tasbih dan tahmid kepadaNya, memuji dan memujaNya. Terlalu banyak nikmat yg Dia berikan kpd kita,dan berapa kali kah kita bersyukur kepadaNya? T_T

Setiap kita pernah melalui masa kelam atau sedih, diuji dan menangis. Adakalanya rasa mcm nk berhenti dan putus asa..namun, ayat cintaNya ini mengingatkn diri semula..

“ dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa drpd rahmat Allah melainkan golongan kafir” Surah Yusuf, 87

Dan lagu ini menjadi lagu semangat yg mengembalikan senyuman dan menaikkan semangat yg sedang goyah..jom hayati liriknya.. =) moga kita snts tabah mengharungi ujian dan cubaan hidup. Dan snts ingat, perhentian hidup kita bukan di dunia tapi di akhirat. Letakkan dunia hy ditangan, bukan di hati.. moga Allah redha..Waallhualam..

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengerang,
namun jiwa ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Monday, August 1, 2011

Madrasah Taqwa... Ramadhan Kareem..


Subhanallah..Allhamdullilah, Allahuakbar..

Tiada lafaz agung yg dapat ku ungkapkn selain zikir dan segala puji buat tuhan sekalian alam.. syukur ku padaNya atas kurniaan iman dan kesedaran utk memperbaiki diri sebelum bertemu dgnNya.. Moga pertemuan ku dgn Mu ya Allah dlm keadaan terbaik ku..

Ramadhan kreem...
hampir menitik air mata ni mendengar nama bulan yg penuh dgn barakah ini..tak sangka, Allah memberikan ku peluang utk bertemu dgn nya lagi ..bagai terbayang kembali ramadhan ku sebelum2 ni...Allah, jahil hambaMu ini.. terima kasih atas kesedaran yg Kau berikan pada hambaMu ini...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kreem.. wahai diri, selamat datang dlm madrasah taqwa..selamat menjalani dan menghayatinya..Allah menjanjikan pengampunan dan ijazah taqwa diakhirnya..moga kita memperoleh pengampunannya dan menjadi hambaNya yg bertaqwa..

wasalam...

s

Sunday, May 22, 2011

tundukkan pandangan itu...agar hati mu terpelihara..

Assalamualaikum.. Alhamdullilah, subhanallah,Allahuakbar.. tiada lafaz yg lagi indah selain rs syukur dan bertuahnya lahir dalam Islam dan diberi kesempatan utk menyusuri kehidupan yg penuh dgn ujian dan cabaran ini..

Hari ini ija nk berkongsi tentang "pandangan mata"...buat lelaki dan perempuan..ija mulakan dgn firman Allah dari surah an-nur ayat 30:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’

Dan ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama ditujukan pula kepada kaum wanita,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’

wahai Adam, kalian sebenarnya mampu mengawal pandangan walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapanmu..dan Hawa, pelihara lah dirimu dari menjadi fitnah buat Adam..

Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan. Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.

kadang2 kita tak sedar, mata yg kecil ini mampu menjadi senjata syaitan dlm menghancurkan kita..pernah dgr kan..dari mata turun ke hati..so, sebelum hati teracun, tundukkanlah pandangan mata mu, sungguh, ia lebih baik utk hati mu..lebih baik mencegah dari mengubati..=)

Berhati2 dan gunakanlah mata yg Allah pinjamkn ini dgn sebaik mungkin..gunakanlah ia utk melihat ciptaanNya dan bersyukur atas kurniaan dan belas kasihNya.. pandang la sesuatu dgn sederhana..

Jom jaga mata yg zahir supaya terpelihara mata hati..sekadar peringatan buat diri kerdil ini dan kalian semua..moga Allah meredhai hidup kita di dunia dan akhirat..

Wednesday, May 18, 2011

pasak bumi...


Bismillahirahmanirrahim.... alhamdullilah, segala puji bg Allah, tuhan semesta alam, pemilik hati ija dan kalian...Allahuakbar, byk nikmat yg Allah berikan kepada kita...subhanallah,cantik dantersusun perancangan terbaik dr Nya buat kita hamba kerdil ini...moga hati2 kita snts berzikirdan mengingati Nya ketika senang dan susuh..

alhamdullilah, Allah masih memberi kesempatan utk ija dan kalian bernafas dan memohonkeampunan dariNya.. dan ija masih diberi kesempatan utk melihat alam dan gunung ganangtersergam indah di bumi Cameron Highlands yg sejuk dan damai ini..

Setiap pagi, ija dan teman2 sekerja akan melalui banjaran gunung.. subhanallah,cantik dantersergam indah..gagah terpasak di bumi.. tapi, ada bahagian gunung yg di tarah dan di rata kn atas nama pembangunan.. sedar tak kita, bahawa sebenarnya kita sedang mencipta masalah..

renung ayat di bawah..:

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu(tidak) goncang bersama mereka..." (21:31)

Proses pembentukan gunung terhasil melalui pergerakan dan pertembungan dari plat2 bumi yangmembentuk kerak bumi. Ketika dua plat bumi bertembung, plat bumi yang lebih kuat menyelit di bawah plat yang satu lagi, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung.Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk tujahan yang dalam ke bawah. Inibererti gunung mempunyai bahagian yang menghujam jauh ke bawah yang lebih kurang sama besarnyadengan yang tampak di permukaan bumi.



"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam plat2 kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan plat2 ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari bergerak di atas lapisan magma atau di antara plat2 bumi.

kesimpulannya, gunung boleh diibaratkan sebagai paku yang menyatukan lembaran-lembaran kayu..

Al -quran sudah menyatakan betapa penting nya gunung.. so, wahai insan sedar lah..tgn kalian sendiri yg menzalimi diri sndr dan alam..jgn dipersoal kenapa semua ini berlaku..renunglah kembali... moga Allah mengampunkan kita semua dan membantu kita dlm mencari redhaNya...