Bismillahirahmanirahim...subhanaallah, cantik langit hari ni. Terasa lapang dada melihat biru langit. Teringat pada sahabat2. walau jauh dimata, namun mereka tetap di hati dan dalam doa ku. Penulisan hari ni, ija nk share pasal "teman yg afdal".
Setiap kita punya kawan, sahabat,atau teman. Walau apa pun yg kita panggil mereka, mereka adalah antara insan yg paling rapat atau ada dgn kita selepas keluarga. Adakalanya, kita lebih banyak meluangkan masa dgn mereka lebih dari keluarga sendiri. Pernah kita dengar, kalau kamu mahu melihat macam mana diri kamu, lihatlah siapa sahabat kamu. Sahabat kamu mencerminkan siapa kamu. Dan lihatlah sekeliling kamu, siapa sahabat kamu.
Abu Ya’la telah mengeluarkn riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasullulah SAW telah ditanya: “ Ya Rasullulah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”
Sabda Baginda yg bermaksud, “Dia adalah org yg mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya dan bertambah ilmu kamu apabila kamu mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu pada Allah apabila kamu melihat amalannya.”
Itulah teman paling baik atau paling afdal buat kita. Bukan bermaksud kita tak perlu berkawan dgn insan yg tidak mengingatkn kita kepada Allah. Mungkin dgn berkawan dgn mereka, kita dapat membantu mereka dan diri kita sndr dlm mendekatkan diri kepada Allah. Berkawan dan bersilaturahimlah dgn semua insan. Tapi memilihlah utk rapat dgn siapa. Sebab kawan, teman atau sahabat akn mempengaruhi cara kamu berfikir, bertindak dan mentafsir.
Dan jangan hanya menilai sahabat2 disekeliling kita. Nilai juga diri kita samaada kita sudah menjadi sahabat yg baik buat sahabat2 kita. Kita mengharap beroleh sahabat yg baik, yg dapat mengingatkan kita apabila kita terlupa. Oleh itu, kita pun harus berusaha menjadi sahabat yg baik buat mereka. Berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingati. Ada perkara yg kita tahu, mereka tak tahu. Dan ada perkara yg mereka tahu, kita tak tahu.
Sahabat yg baik, bukan sahaja ada bersama kita dikala kita tersenyum, malah ketika kita terjatuh dan menangis, dia ada bersama dan menghulurkan tangan dan seiring berjalan bersama kita. Ketika kita tersalah langkah, dia menegur mengatakan ianya salah. Ketika kita berjaya, dia antara insan yg tersenyum bangga melihat kejayaan kita. Bukan mudah utk mencari sahabat yg sebegitu pada masa kini. Namun, ia bukan mustahil.
Andai kita sudah berusaha menjadi sahabat yg baik, namun kita masih tak menjumpai teman yg paling afdal buat kita, jangan berhenti menjadi sahabat yg baik. Kerana mungkin Allah ingin memberi pahala sabar kpd kamu dan Dia mahu kamu hanya berbicara dan berkongsi dgnNya. “Cukuplah Allah buatku.” Frasa ayat yg mampu buat hati yg kecewa, terubat. =)
Jom, jadilah sahabat yg baik, yg penuh dgn kasih sayang. Menegur sahabat bukan kerana riak dgn ilmu, tapi kerana syg akn dirinya dan ingin bersahabat hingga ke syurga. Moga Allah menjadikan kita sahabat yg paling afdal dan berjumpa dgn teman yg paling afdal buat kita. Waallahualam.
0 comments:
Post a Comment