Bismillahirahmanirahim..
tika "berjalan2" di facebook, mata menangkap wall seorang insan yg Allah anugerahkan keistimewaan kepadanya dlm penulisan. nukilannya mampu menyentuh hati insan yg membaca..org kata, kalau kamu menulis atau memberi nasihat dari hati, ia akn menyentuh hati juga..alhamdullilah, moga beliau sentiasa ikhlas dlm perjuangannya..moga Allah sentiasa memberinya kekuatan utk berdakwah dan moga kita sama2 mendapat manfaatnya..jom, saya sharekan "Puisi Tidak Akan Jatuh Lama" nukilan ex-MATRI ni.. =)
Jatuh bangun lumrah kehidupan,
naik turun sunnah yang diberikan,
wujud di dalam manusia,
dan mereka hidup dengannya.
namun sebaik-baik manusia yang jatuh,
adalah yang bingkas naik semula,
yang melangkah tidak terhenti,
walau jatuhnya beberapa kali.
maka di manakah kekuatan,
untuk memanifestasikan usaha ini?
Carilah di kala engkau sujud kepada Ilahi,
pernahkah engkau mengadu kepada Empunya Kekuatan Diri?
pernahkah engkau berbicara denganNya sepenuh hati?
Kadangkala terlupa,
akan yang paling hampir dengan kita,
orang mukmin tidak akan jatuh lama,
kerana mereka percaya kepadaNya,
hati luka dirawat janji-janjiNya,
rasa kecewa diubat balasan-balasanNya,
tiada gundah yang tidak akan mampu dihapuskanNya,
merapat,
itulah resepi untuk tidak jatuh lama.
~ Hilal Asyraf ~
1223
231011
Irbid,
Jordan.
Kitab Usaha.
p/s: tak salah terjatuh kerna kadang2 langkah kita terpesong,kaki kita tersadung tapi jgn lupa bgn kembali dgn cepat.. jatuh dan menangis menambah pengalaman kita..ambil iktibar dan teruskan langkah..=) waallahualam..
0 comments:
Post a Comment