Monday, October 31, 2011

matlamat..wasilah..paksinya IMAN


Bismillahirahmanirahim..

Seringkali kita mendengar atau berkata “ aku menyayangi dan mencintai dia kerana Allah” dan kemudian ditakdirkan Allah, kita tidak bersama dgn insan yg kita sygi itu.. adakah kita bersedih hati dan kecewa? Jika ya, renung semula hati dan persoalkan niat kita. Benarkah kita mencintai keranaNya..semak matlamat dan wasilah kita.


Matlamat kita adalah redha Allah..dan wasilah kita adalah mencintai insan soleh atau solehah utk bersama supaya dapat membina baitul muslim dan membentuk generasi islam yg diredhai Allah. andai Allah merancang bahawa insan itu tidak dicipta utk kita, ia sepatutnya tidak menjadi masalah atau luka dalam hati.. kerana insan solehah atau soleh itu hanya menjadi wasilah dalam matlamat kita. Kita akan mencari insan lain dan yakin akan janji Allah bahawa ada insan soleh atau solehah lain yg dicipta utk kita.. bukankah janji itu mampu buat kita tersenyum?


Memang benar, ia menyakitkan. Namun ia tak melumpuhkan. Ia ibarat angin yg menyapa muka namun ia tak berbekas di hati. Seorang yg beriman kepada Allah dgn sebenar iman,akan bangun semula dgn tabah dan melangkah utk meneruskan perjalanan. Dia sedar bahawa tiada yg kekal di dunia ini dan negeri akhirat itu jua yg kekal abadi. Ujian adalah utk mendidik hati supaya lebih kuat.


Bagaimana nk menghadapi semua ini? Jwpannya adalah IMAN. Itulah paksi dalam hati. Jika kita benar beriman, apa pun berlaku, ujian yg melanda dihadapi dgn tenang dan redha. Ditikam sahabat baik, ditipu dan dikhianati, itu perkara biasa dalam kehidupan. Biarkan mereka menghancurkan hatimu, namun mereka takkan mampu merobohkan keimanan mu..Allah snts bersama dgn org yg bersabar.


apakah manusia itu mengira Kami akn membiarkan mereka berkata, : “kami telah beriman” sedangkan mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg terdahulu sebelum mereka (maka dgn ujian yg demikian) nyata apa yg diketahui Allah tentang org2 yg sebenar2nya beriman dan nyata pula apa yg diketahuiNya tentang org2 yg berdusta” Al-ankabut:2-3


Ayat di atas membuktikan bahawa tidak cukup dgn berkata “aku beriman”. Kerana org yg berkata dia beriman, dia akn diuji. Bukan kerana Allah tidak tahu samaada dia benar2 beriman atau tak. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg tersirat di hati hambaNya. Kita diuji kerana Allah mahu kita melihat sendiri tangga keimanan kita. Adakah di tangga yg atas atau bawah. Ujian diberi utk kita menilai diri samaada iman kita teguh atau rapuh. Bersyukurlah apabila Allah menguji. Ia menjadi cermin utk kita “refresh” iman.


Ingatlah, paksinya adalah IMAN. Ia menjadi tongkat dikala kita jatuh, menjadi benteng ketika kita diserang. Menjadi ubat dikala kepahitan dan menjadi cahaya ketika di dalam kegelapan. Binalah benteng iman itu dgn “bata ibadah” yg kuat dan istiqamahlah. insyaAllah akn tenang hatimu.. waallahualam.

0 comments:

Post a Comment