Tuesday, June 26, 2012
ibrah sebuah rumah.. =)
Wednesday, March 21, 2012
“saya rindu saya yg dulu..saya nk kembali, tapi saya tak tahu bagaimana. Saya tak larat dah dengan kehidupan begini.” Kata sahabat. Penuh dgn rasa putus asa dan sedih. “Allah terima saya ke? Saya terlalu kotor. Saya menzalimi diri saya sendiri. Kalau manusia pun tak nk terima saya dah, inikan pula Allah..” T_T Allahuakbar.sungguh Allah menyayangi kamu. Di berikan kesedihan dan penyesalan di hati kamu supaya kamu kembali kpdNya.
Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum sahabat yg didoakn sejahtera di dunia dan akhirat. Moga Allah snts membantu kita dalam memelihara iman. Minggu lepas, Allah hadirkan dua insan dlm hidup saya utk saya menyelami dan mengambil ibarh dari apa yg berlaku pada mereka. Mereka pernah rapat dengan saya dan saya mengenali mereka. Dan melalui mereka, Allah mendidik saya. Subhanallah, Allahuakbar. Bersyukurnya saya akn didikan ini. Allah uji mereka dengan 2 kisah yg berlainan tapi topic yg sama, HATI. kisah mereka berbeza namun penyelesaiannya sama. Mereka berdua hendak kembali kepadaNya. Tapi terkapai2. Tidak tahu bagaimana hendak bermula. Sungguh, saya pernah merasa begitu.. terasa kesakitannya. Bagai menusuk hati. namun ia hanya sementara sahabat2 ku. Yakinlah..
Apa yg perlu saya lakukan? Itu soalan mereka. Dan saya menjawab, kembalilah pada Allah. bagaimana? Bersihkan diri dengan taubat yg sebenarnya. Melalui pengalaman saya dan beberapa sahabat, mungkin ini yang dapat saya kongsikan.
- 1. Doa pada Allah, setiap masa.
- 2. Banyakkan solat taubat, solat sunat
- 3. Istighfar dan zikir
- 4. Baca Al-quran setiap hari dan tadabbur maksud ayat.
- 5. Jangan biarkan diri sendiri. Perlu ada pengisian hati.
- 6. Rapat dengan sahabat2 yg mengingatkan kita pada Allah.
- 7. Keluar dari situasi yg memerangkap kita dalam kegelapan. Walaupun kita berada dalam keadaan yg mengasyikkan. Banding kan.. kamu mahu dunia atau kamu mahu akhirat.
Ini perkara yg saya lakukan. Mula2 memang sakit. Kamu melawan nafsu kamu sendiri..terasa macam kamu lukakan diri sendiri. tapi hanya sementara sahabat. Bila kamu dah biasa, ia akn jadi sangat mudah. Lakukan sedikit demi sedikit. Hati manusia bukan plastisin yg mampu dibentuk dalam masa sekejap. Sikit tapi istiqamah. Dan sentiasa lah berbicara dan mengadu padaNya. Bergantung harap lah hanya pada Allah. Jangan letakkan harapan lebih tinggi dari Allah kepada manusia, kamu akn kecewa nanti.
Dan yakinlah, rahmat dan kasih Allah lebih luas dari kemurkaanNya. Dia takdirkan keadaan kamu begini sekarang kerana Dia syg pada kamu. Dia nak kamu kembali padaNya. Tak mahu melihat kamu terus hanyut. Sahabat yg ku sayangi kerana Allah, kembalilah. Nur hidayahNya sedang mengetuk pintu hati mu. Jemputlah cahaya itu masuk ke dalam hatimu dan pelihara lah ia. Kerana kita tak tahu bila lagi cahaya itu akn mengetuk hati kita lagi. Dan jemputan bertemu dgnNya juga tidak kita ketahui. Grab it now before its too late! Moga Allah permudahkan urusan kamu dalam kembara cahayamu.. doa ku kirim tanda kasih dan sayangku pada kalian. Moga kita bersaudara hingga ke syurga. Amin Allahumma Amin… =)
Saturday, March 10, 2012
kembara iman yg bermula di bumi suci..
Wednesday, January 18, 2012
makhluk kecil yg bermanfaat.. =)
Saya mulakan bicara dgn lafaz Bismillahirahmanirahim.. syukur pada Mu Ya Allah, dgn izinNya dapat saya bernafas dan memperbaiki diri supaya dapat bertemu dgn Nya dalam keadaan yg lebih baik, insyaAllah. Ha, sebenarnya saya menaip ni dalam Hilux AHQ 770 ni . sementara menunggu pekerja2 mengalihkan tanah runtuh. Tak boleh masuk farm lagi sebab ada tanah runtuh. So, I use this time space to update my blog post. Normally, I will type it during lunch time and post it at night. Kalau nk type malam, risau tak sempat. Just utilize my time wisely. ^_^
Post kali ni saya nk share pasal satu kelebihan yg ada pada umat Islam sebagai penawar atau ubat kepada kesihatan kita. Saya rasa ramai yg tahu, tapi tak pe, saya nk share jugak, moga sama2 kita beroleh manfaatnya. ^_~ terima kasih pada housemate saya merangkap sahabat baik saya, masitah bt Mohamed yg meminjamkan buku “perubatan islam dan bukti sains moden” dari Dr Danial Zainal Abidin. Moga Allah membalas kebaikan mu sahibah..^_^ Meh, kita baca tentang MADU.
Saya mulakan dengan firman Allah dlm surah An-Nahl, ayat 69 “ keluar daripada perut lebah minuman madu yg pelbagai warnanya,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia” dan menurut Ibn Majah , Nabi Muhammad SAW berkata, “ sesiapa yg meminum madu lebah pada waktu pagi, 3x setiap bulan, dia tidak akn menghadapi penyakit berbahaya” subhanallah, sungguh,dengan izin Allah, sekecil2 makhluk yg Allah ciptakan itu dapat memberi manfaat yg besar pada manusia. Kita yg sebesar2 manusia ni tak mau bagi manfaat pada manusia lain ka? Malu lah dengan lebah tu kalau kita tak pernah terfikir nak bagi manfaat pada manusia. T_T
Madu, saya fikir ramai yg tahu kebaikan nya, tapi tak ramai yg amal. Haish, saya pun dulu camtu juga.tapi bila Allah uji dgn sakit migraine, baru amalkan madu. Alhamdullilah, dengan izinNya migraine yg dihadapi sejak 7thn lepas hilang sedikit demi sikit. Dulu tak boleh makan coklat langsung, coffee tak boleh minum. Sekarang, semua boleh..heee..tapi ada jugak yg saya x pernah try minum, sbb tak suka,nescafe.
Apa kelebihan madu ye? Berdasarkan buku yg saya baca, madu lebah mampu :
1. Mengawal radikal bebas. Madu mempunyai antioxidant. Radikal bebas merupakan bahan yg boleh bertindak balas dlm badan manusia yg mampu menyebabkan kanser. Antioxidant dalam madu dapat menghalang tindak balas ini.
2. Mencantikkan kulit. Menarik bagi wanita..^_^ berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh David Ropa daripada Thomas J. Payne Market Development , madu dapat digunakan bagi mengeluarkan alpha hydroxyl acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan pertumbuhan sel2 baru.
3. Menambah tenaga. Apabila madu dicampurkan bersama sedikit air dan diminum, ia dapat menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat digunakan terus oleh otak.
4. Bertindak sebagai antibiotic.
Subhanallah, terbukti dengan apa yg tercatit dalam Al-Quran adalah benar. So, apa lagi, jom kita amalkan meminum madu lebah setiap pagi supaya sihat tubuh badan kita. InsyaAllah..bila tubuh sihat, otak cergas, ibadah pun mantap. Saje nk share dgn kalian. saya minum minuman madu dan habbatussawda dari PRM Global Vision. Kalau ada yg berminat nak mencuba, boleh email pada saya, khadijah_iffandy@yahoo.com. Moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita..^^ wassalam..
Tuesday, January 17, 2012
sampaikanlah...
Alhamdullilah, setelah lama tak menaip, Allah izinkan saya berkongsi lagi dgn kalian. =) satu ketika dulu, sahabat saya ada menulis sesuatu berkaitan hal politik negara di status facebook nya. Beliau hanya menyatakan pendapatnya. Dan mungkin ada yg terasa hati atau tak suka akn statement itu dan berkata, “belajar pun tak abis lagi, tak payah la nk menegur.” Owh, ada yg mkn cili ke saya terfikir. kalau nk habis belajar, kene tgu smp kt dlm liang lahad la kut. Sbb proses belajar tak pernah berhenti selagi kita bernafas. Dan ada yg kata, tak payah nk tegur org la. Diri sendiri pun tak sempurna. Laa, mmg la x sempurna. Ada sesiapa kt dunia ni yg sempurna ke? Kalau nk tggu sempurna baru boleh tegur org, x de sape lah yg boleh menegur. Hmmm, Pernah tak kita menghadapi situasi2 begini:
[situasi 1] “apa yg dia buat tu salah, tapi kalau aku tegur kang dia kata aku bajet bagus la plak.lagipun dia pelajar jurusan agama. Siapalah aku nk menegur dia”
Atau
[situasi 2] “eleh, nk tegur orang. Diri sendiri pun x betul lagi. Adik dia pun sama x pakai tudung. Nak nasihatkan aku.”
Agak menarik kedua2 situasi ini. Hmm, masa saya membaca Solusi isu 38, saya baca 1 kisah. kenai dok Al Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri. X kenai? Saya pun dulu x kenal.nasib baik beli solusi, tu yg kenal..=) Beliau merupakan imam besar, ulama tabi’in yg terkenal sgt soleh, alim dan tampan. Dilahirkan di Basrah dan wafat pada tempat yg sama pd 110H. ok, dah kenal kan.Meh, saya nk habaq mai satu cerita pasal beliau.
Suatu hari, Hasan Al Basri berjumpa dgn seorg pemuda daripada Bani al-Shikkir. Al Hasan berkata kepadanya: “nasihatilah kami wahai pemuda” pemuda itu menjawab “ aku belum layak utk memberi nasihat wahai Abu Said. Al- Hasan berkata, “siapakah yg benar2 layak memberi nasihat? Syaitan sngat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan.” Kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab al-Zuhd dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dlm al-Muhaddith al-Fasil.
Subhanallah, tepat pada masanya bila saya baca kisah ni.
Pernah satu ketika dulu, saya mengalami keadaan seperti situasi 1. Nak tegur org, tapi rasa macam tak layak. Saya x sempurna. Kanak2 baru belajar. Siapalah saya nk menegur org yg lebih dulu berada dlm fikrah islam, lebih dulu makan garam dari saya. Tapi satu hari, ayat Allah ini mengetuk hati saya, “siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kepada Allah,mengerjakan amal soleh dan berkata, ‘sesungguhnya aku termasuk org yg berserah diri’” (surah Fussilat:33)
Dan hadis ini juga membuka minda saya, daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud “ sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” (riwayat Al-Bukhari)
Ye, sudah menjadi tanggungjawab kita utk saling menasihati antara 1 sama lain. Ada sesetengah org berfikiran, “aku hal aku, kau hal kau. Kubur kita lain2” uik, sebab kubur lain2 la, saya kene tegur awak, dan awak kene tegur saya. Kalau share kubur, boleh kita combine pahala.
Syaitan sangat suka bila kita rasa x layak nk menegur. Sbb dia boleh enjoy duk hasut manusia. Sahabat, kita manusia biasa. Tak sempurna dan perlu diingatkan. Saya perlukan awk dan awak perlukan saya. Dan kita perlukan ALLAH. So, meh kita sama2 menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Moga Allah permudahkan urusan dakwah kita. Seruan kepada kebaikan itu sebenarnya bukan saja utk org yg membaca atau yg mendengar. Ia juga utk hati kita sendiri. =) insyaAllah jumpa lagi.. wassalam
Wednesday, January 4, 2012
"dunia tak lengkap tanpa kita".. =)
“Dunia tak lengkap tanpa kita..” =) tersenyum saya mendengar ungkapan ini. Pernah satu ketika saya rasa saya bukan siapa2. Tanpa saya,dunia masih boleh bergerak. Dan saya hanya seorang petani moden, bukan seorang doctor atau peguam. Golongan ini lebih saya fikir dapat menyumbang pada kelangsungan islam. Tertanya2 dalam hati. apa yang boleh saya lakukan utk menyumbang pada agama dan masyarakat. Hidup lebih bermakna kalau kita memberi kebaikan pada insan lain. Rasa terpencil pada mulanya. Tapi, bila saya tahu akan hadis ini, Rasullulllah SAW bersabda: setiap kamu merupakan penjuru dari penujuru-penjuru Islam. Musuh akan menyerang melalui penjuru kamu maka pertahankanlah penjuru kamu” semangat bagai diseru pulang dan cerita ini juga mengubah persepsi saya. Meh, kita bercerita ye..=)
Pada suatu hari, ada seorang pendayung sampan dan seorang professor sebagai penumpangnya. Professor tersebut bertanya pada si pendayung sampan. “kamu tahu membaca dan menulis?” si pendayung menjawab, “saya tak tahu membaca dan menulis” professor membalas, “ oh, kalau begitu kamu kehilangan separuh dari kehidupanmu kerana pada zaman sekarang kalau kamu tidak tahu membaca atau menulis, kamu takkan dapat bersaing dengan masyarakat. Si pendayung hanya mendiamkan diri. Professor bertanya lagi, “kamu ada wang simpanan?” pendayung menjawab, “mana lah saya ada simpanan. Makan pun kais pagi makan pagi.” Professor berkata, “ kalau kamu tiada wang simpanan, bermakna kamu kehilangan separuh lagi kehidupanmu.” Setelah jauh perjalanan, sampan yang dinaiki oleh pendayung sampan dan professor tersebut bocor. Air mula masuk ke dalam sampan. Dan pendayung sampan bertanya pada professor, “ kamu tahu berenang?” professor menjawab, “saya tidak tahu berenang.” Dan pendayung sampan berkata, “kalau begitu kamu akan kehilangan keseluruhan kehidupanmu.”
Setiap kita mempunyai kelebihan masing2. Allah tak mencipta manusia dengan kebodohan, Allah mencipta kita dengan kebijaksanaan yang berbeza2. Macam professor dan pendayung sampan ni. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Dan Allah mencipta kita untuk saling melengkapi bukan banding membanding. “aku lebih cerdik dari dia” atau “dia lebih pandai dari aku” NO.. kalau duk fikir macam tu, bila nak maju wahai diri?? Yang lebih penting adalah focus pada macam mana untuk memajukan diri. Mungkin sahabat kita hebat dalam bidangnya, kedoktoran. Tapi bila disuruh bercucuk tanam, dia tak tahu. Atau bila kita disuruh menjadi doctor, tapi kita tak boleh tengok darah. Ha, kan Allah dah jadikan kita sangat berkebolehan. Yang membezakan, bidang kita.kalau lah semua orang hanya ada kebolehan jadi polis, siapa nak jadi petani? Kalau semua org nak jadi peguam, siapa nak jadi buruh yang membersihkan alam? Encik arkitek kalau disuruh turap jalan pun belum tentu tahu macam mana nk buat.mungkin dia tahu teori, tapi dari segi kekemasan kerja, mungkin encik buruh itu lebih hebat. =)
Begitulah kehidupan. Kita saling memerlukan. Ada pemikir dan ada golongan yang melakukan. Tak kira siapa kita, belajar lah dari alam (termasuk manusia) dan pertahankanlah penjuru kita. Memang dunia akan bergerak walaupun tanpa kita, tapi tanpa kita, dunia tak lengkap. Terasa kurang manisnya kerana setiap kita membawa kemanisan yang berbeza2.. =) waallahualam..moga Allah redha..