Wednesday, January 18, 2012

makhluk kecil yg bermanfaat.. =)



Saya mulakan bicara dgn lafaz Bismillahirahmanirahim.. syukur pada Mu Ya Allah, dgn izinNya dapat saya bernafas dan memperbaiki diri supaya dapat bertemu dgn Nya dalam keadaan yg lebih baik, insyaAllah. Ha, sebenarnya saya menaip ni dalam Hilux AHQ 770 ni . sementara menunggu pekerja2 mengalihkan tanah runtuh. Tak boleh masuk farm lagi sebab ada tanah runtuh. So, I use this time space to update my blog post. Normally, I will type it during lunch time and post it at night. Kalau nk type malam, risau tak sempat. Just utilize my time wisely. ^_^


Post kali ni saya nk share pasal satu kelebihan yg ada pada umat Islam sebagai penawar atau ubat kepada kesihatan kita. Saya rasa ramai yg tahu, tapi tak pe, saya nk share jugak, moga sama2 kita beroleh manfaatnya. ^_~ terima kasih pada housemate saya merangkap sahabat baik saya, masitah bt Mohamed yg meminjamkan buku “perubatan islam dan bukti sains moden” dari Dr Danial Zainal Abidin. Moga Allah membalas kebaikan mu sahibah..^_^ Meh, kita baca tentang MADU.


Saya mulakan dengan firman Allah dlm surah An-Nahl, ayat 69 “ keluar daripada perut lebah minuman madu yg pelbagai warnanya,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia” dan menurut Ibn Majah , Nabi Muhammad SAW berkata, “ sesiapa yg meminum madu lebah pada waktu pagi, 3x setiap bulan, dia tidak akn menghadapi penyakit berbahaya” subhanallah, sungguh,dengan izin Allah, sekecil2 makhluk yg Allah ciptakan itu dapat memberi manfaat yg besar pada manusia. Kita yg sebesar2 manusia ni tak mau bagi manfaat pada manusia lain ka? Malu lah dengan lebah tu kalau kita tak pernah terfikir nak bagi manfaat pada manusia. T_T


Madu, saya fikir ramai yg tahu kebaikan nya, tapi tak ramai yg amal. Haish, saya pun dulu camtu juga.tapi bila Allah uji dgn sakit migraine, baru amalkan madu. Alhamdullilah, dengan izinNya migraine yg dihadapi sejak 7thn lepas hilang sedikit demi sikit. Dulu tak boleh makan coklat langsung, coffee tak boleh minum. Sekarang, semua boleh..heee..tapi ada jugak yg saya x pernah try minum, sbb tak suka,nescafe.


Apa kelebihan madu ye? Berdasarkan buku yg saya baca, madu lebah mampu :


1. Mengawal radikal bebas. Madu mempunyai antioxidant. Radikal bebas merupakan bahan yg boleh bertindak balas dlm badan manusia yg mampu menyebabkan kanser. Antioxidant dalam madu dapat menghalang tindak balas ini.

2. Mencantikkan kulit. Menarik bagi wanita..^_^ berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh David Ropa daripada Thomas J. Payne Market Development , madu dapat digunakan bagi mengeluarkan alpha hydroxyl acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan pertumbuhan sel2 baru.

3. Menambah tenaga. Apabila madu dicampurkan bersama sedikit air dan diminum, ia dapat menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat digunakan terus oleh otak.

4. Bertindak sebagai antibiotic.

Subhanallah, terbukti dengan apa yg tercatit dalam Al-Quran adalah benar. So, apa lagi, jom kita amalkan meminum madu lebah setiap pagi supaya sihat tubuh badan kita. InsyaAllah..bila tubuh sihat, otak cergas, ibadah pun mantap. Saje nk share dgn kalian. saya minum minuman madu dan habbatussawda dari PRM Global Vision. Kalau ada yg berminat nak mencuba, boleh email pada saya, khadijah_iffandy@yahoo.com. Moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita..^^ wassalam..

0 comments:

Post a Comment