Saturday, March 10, 2012

kembara iman yg bermula di bumi suci..

merindui suasana ini dan izinkan aku pergi lagi ya Allah..T_T


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum..ya Allah, terlalu lama rasanya meninggalkan laman ni..Alhamdullilah, Allah masih beri kesempatan utk menukil sesuatu buat perkongsian dgn kalian, permata dunia saya..pergi bukan kerana merajuk, hilang bukan kerana terluka.. saya hilang sebentar mencari cahaya..dan Alhamdullilah, cahaya itu bersama saya dan saya sedang memeliharanya..moga Allah membantu saya.

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah yg menjemput saya menjadi tetamuNYa di bumi barakah pada 23 Feb 2012..tak tahu apa yg patut saya katakan..sungguh terkesan dan merindui detik itu lagi..insyaAllah, saya akn pergi ke sana lagi.. =)

saya namakan kembara ni, kembara iman di bumi suci..dan saya menjadikan ia titik mula saya utk menjadi khadijah.. arwah atuk pernah kata, "ijah, atuk bg nama kamu khadijah supaya kamu berakhlak seperti khadijah,isteri Baginda Rasullulah SAW." insyaAllah atuk..ijah sedang mulakan semula..Allah beri kesempatan dan ruang pada diri ini..sungguh, Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Allah tak pernah putus asa dgn kita, dan kita, adakah kita sedang putus asa dgn diri sndr dan rahmatNya?

sepanjang di bumi barakah, Mekah dan Madinah, terlalu banyak yg saya lihat dan saya dididik..subhanallah, x terluah dgn kata2..dan kembara iman ini akn terus dilalui hingga saya dijemput utk bertemuNya, hingga nafas terhenti..moga iman ni tetap subur dan membuahkan taqwa hingga di hujung nyawa..

insyaAllah, kita jumpa lagi..moga Allah melindungi kalian..^_^ assalamualaikum..


0 comments:

Post a Comment