Wednesday, March 21, 2012


“saya rindu saya yg dulu..saya nk kembali, tapi saya tak tahu bagaimana. Saya tak larat dah dengan kehidupan begini.” Kata sahabat. Penuh dgn rasa putus asa dan sedih. “Allah terima saya ke? Saya terlalu kotor. Saya menzalimi diri saya sendiri. Kalau manusia pun tak nk terima saya dah, inikan pula Allah..” T_T Allahuakbar.sungguh Allah menyayangi kamu. Di berikan kesedihan dan penyesalan di hati kamu supaya kamu kembali kpdNya.


Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum sahabat yg didoakn sejahtera di dunia dan akhirat. Moga Allah snts membantu kita dalam memelihara iman. Minggu lepas, Allah hadirkan dua insan dlm hidup saya utk saya menyelami dan mengambil ibarh dari apa yg berlaku pada mereka. Mereka pernah rapat dengan saya dan saya mengenali mereka. Dan melalui mereka, Allah mendidik saya. Subhanallah, Allahuakbar. Bersyukurnya saya akn didikan ini. Allah uji mereka dengan 2 kisah yg berlainan tapi topic yg sama, HATI. kisah mereka berbeza namun penyelesaiannya sama. Mereka berdua hendak kembali kepadaNya. Tapi terkapai2. Tidak tahu bagaimana hendak bermula. Sungguh, saya pernah merasa begitu.. terasa kesakitannya. Bagai menusuk hati. namun ia hanya sementara sahabat2 ku. Yakinlah..


Apa yg perlu saya lakukan? Itu soalan mereka. Dan saya menjawab, kembalilah pada Allah. bagaimana? Bersihkan diri dengan taubat yg sebenarnya. Melalui pengalaman saya dan beberapa sahabat, mungkin ini yang dapat saya kongsikan.


  • 1. Doa pada Allah, setiap masa.
  • 2. Banyakkan solat taubat, solat sunat
  • 3. Istighfar dan zikir
  • 4. Baca Al-quran setiap hari dan tadabbur maksud ayat.
  • 5. Jangan biarkan diri sendiri. Perlu ada pengisian hati.
  • 6. Rapat dengan sahabat2 yg mengingatkan kita pada Allah.
  • 7. Keluar dari situasi yg memerangkap kita dalam kegelapan. Walaupun kita berada dalam keadaan yg mengasyikkan. Banding kan.. kamu mahu dunia atau kamu mahu akhirat.

Ini perkara yg saya lakukan. Mula2 memang sakit. Kamu melawan nafsu kamu sendiri..terasa macam kamu lukakan diri sendiri. tapi hanya sementara sahabat. Bila kamu dah biasa, ia akn jadi sangat mudah. Lakukan sedikit demi sedikit. Hati manusia bukan plastisin yg mampu dibentuk dalam masa sekejap. Sikit tapi istiqamah. Dan sentiasa lah berbicara dan mengadu padaNya. Bergantung harap lah hanya pada Allah. Jangan letakkan harapan lebih tinggi dari Allah kepada manusia, kamu akn kecewa nanti.


Dan yakinlah, rahmat dan kasih Allah lebih luas dari kemurkaanNya. Dia takdirkan keadaan kamu begini sekarang kerana Dia syg pada kamu. Dia nak kamu kembali padaNya. Tak mahu melihat kamu terus hanyut. Sahabat yg ku sayangi kerana Allah, kembalilah. Nur hidayahNya sedang mengetuk pintu hati mu. Jemputlah cahaya itu masuk ke dalam hatimu dan pelihara lah ia. Kerana kita tak tahu bila lagi cahaya itu akn mengetuk hati kita lagi. Dan jemputan bertemu dgnNya juga tidak kita ketahui. Grab it now before its too late! Moga Allah permudahkan urusan kamu dalam kembara cahayamu.. doa ku kirim tanda kasih dan sayangku pada kalian. Moga kita bersaudara hingga ke syurga. Amin Allahumma Amin… =)

0 comments:

Post a Comment