“Dunia tak lengkap tanpa kita..” =) tersenyum saya mendengar ungkapan ini. Pernah satu ketika saya rasa saya bukan siapa2. Tanpa saya,dunia masih boleh bergerak. Dan saya hanya seorang petani moden, bukan seorang doctor atau peguam. Golongan ini lebih saya fikir dapat menyumbang pada kelangsungan islam. Tertanya2 dalam hati. apa yang boleh saya lakukan utk menyumbang pada agama dan masyarakat. Hidup lebih bermakna kalau kita memberi kebaikan pada insan lain. Rasa terpencil pada mulanya. Tapi, bila saya tahu akan hadis ini, Rasullulllah SAW bersabda: setiap kamu merupakan penjuru dari penujuru-penjuru Islam. Musuh akan menyerang melalui penjuru kamu maka pertahankanlah penjuru kamu” semangat bagai diseru pulang dan cerita ini juga mengubah persepsi saya. Meh, kita bercerita ye..=)
Pada suatu hari, ada seorang pendayung sampan dan seorang professor sebagai penumpangnya. Professor tersebut bertanya pada si pendayung sampan. “kamu tahu membaca dan menulis?” si pendayung menjawab, “saya tak tahu membaca dan menulis” professor membalas, “ oh, kalau begitu kamu kehilangan separuh dari kehidupanmu kerana pada zaman sekarang kalau kamu tidak tahu membaca atau menulis, kamu takkan dapat bersaing dengan masyarakat. Si pendayung hanya mendiamkan diri. Professor bertanya lagi, “kamu ada wang simpanan?” pendayung menjawab, “mana lah saya ada simpanan. Makan pun kais pagi makan pagi.” Professor berkata, “ kalau kamu tiada wang simpanan, bermakna kamu kehilangan separuh lagi kehidupanmu.” Setelah jauh perjalanan, sampan yang dinaiki oleh pendayung sampan dan professor tersebut bocor. Air mula masuk ke dalam sampan. Dan pendayung sampan bertanya pada professor, “ kamu tahu berenang?” professor menjawab, “saya tidak tahu berenang.” Dan pendayung sampan berkata, “kalau begitu kamu akan kehilangan keseluruhan kehidupanmu.”
Setiap kita mempunyai kelebihan masing2. Allah tak mencipta manusia dengan kebodohan, Allah mencipta kita dengan kebijaksanaan yang berbeza2. Macam professor dan pendayung sampan ni. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Dan Allah mencipta kita untuk saling melengkapi bukan banding membanding. “aku lebih cerdik dari dia” atau “dia lebih pandai dari aku” NO.. kalau duk fikir macam tu, bila nak maju wahai diri?? Yang lebih penting adalah focus pada macam mana untuk memajukan diri. Mungkin sahabat kita hebat dalam bidangnya, kedoktoran. Tapi bila disuruh bercucuk tanam, dia tak tahu. Atau bila kita disuruh menjadi doctor, tapi kita tak boleh tengok darah. Ha, kan Allah dah jadikan kita sangat berkebolehan. Yang membezakan, bidang kita.kalau lah semua orang hanya ada kebolehan jadi polis, siapa nak jadi petani? Kalau semua org nak jadi peguam, siapa nak jadi buruh yang membersihkan alam? Encik arkitek kalau disuruh turap jalan pun belum tentu tahu macam mana nk buat.mungkin dia tahu teori, tapi dari segi kekemasan kerja, mungkin encik buruh itu lebih hebat. =)
Begitulah kehidupan. Kita saling memerlukan. Ada pemikir dan ada golongan yang melakukan. Tak kira siapa kita, belajar lah dari alam (termasuk manusia) dan pertahankanlah penjuru kita. Memang dunia akan bergerak walaupun tanpa kita, tapi tanpa kita, dunia tak lengkap. Terasa kurang manisnya kerana setiap kita membawa kemanisan yang berbeza2.. =) waallahualam..moga Allah redha..
0 comments:
Post a Comment