Wednesday, October 5, 2011

teman paling afdal...



Bismillahirahmanirahim...subhanaallah, cantik langit hari ni. Terasa lapang dada melihat biru langit. Teringat pada sahabat2. walau jauh dimata, namun mereka tetap di hati dan dalam doa ku. Penulisan hari ni, ija nk share pasal "teman yg afdal".

Setiap kita punya kawan, sahabat,atau teman. Walau apa pun yg kita panggil mereka, mereka adalah antara insan yg paling rapat atau ada dgn kita selepas keluarga. Adakalanya, kita lebih banyak meluangkan masa dgn mereka lebih dari keluarga sendiri. Pernah kita dengar, kalau kamu mahu melihat macam mana diri kamu, lihatlah siapa sahabat kamu. Sahabat kamu mencerminkan siapa kamu. Dan lihatlah sekeliling kamu, siapa sahabat kamu.

Abu Ya’la telah mengeluarkn riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasullulah SAW telah ditanya: “ Ya Rasullulah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”

Sabda Baginda yg bermaksud, “Dia adalah org yg mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya dan bertambah ilmu kamu apabila kamu mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu pada Allah apabila kamu melihat amalannya.”

Itulah teman paling baik atau paling afdal buat kita. Bukan bermaksud kita tak perlu berkawan dgn insan yg tidak mengingatkn kita kepada Allah. Mungkin dgn berkawan dgn mereka, kita dapat membantu mereka dan diri kita sndr dlm mendekatkan diri kepada Allah. Berkawan dan bersilaturahimlah dgn semua insan. Tapi memilihlah utk rapat dgn siapa. Sebab kawan, teman atau sahabat akn mempengaruhi cara kamu berfikir, bertindak dan mentafsir.

Dan jangan hanya menilai sahabat2 disekeliling kita. Nilai juga diri kita samaada kita sudah menjadi sahabat yg baik buat sahabat2 kita. Kita mengharap beroleh sahabat yg baik, yg dapat mengingatkan kita apabila kita terlupa. Oleh itu, kita pun harus berusaha menjadi sahabat yg baik buat mereka. Berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingati. Ada perkara yg kita tahu, mereka tak tahu. Dan ada perkara yg mereka tahu, kita tak tahu.

Sahabat yg baik, bukan sahaja ada bersama kita dikala kita tersenyum, malah ketika kita terjatuh dan menangis, dia ada bersama dan menghulurkan tangan dan seiring berjalan bersama kita. Ketika kita tersalah langkah, dia menegur mengatakan ianya salah. Ketika kita berjaya, dia antara insan yg tersenyum bangga melihat kejayaan kita. Bukan mudah utk mencari sahabat yg sebegitu pada masa kini. Namun, ia bukan mustahil.

Andai kita sudah berusaha menjadi sahabat yg baik, namun kita masih tak menjumpai teman yg paling afdal buat kita, jangan berhenti menjadi sahabat yg baik. Kerana mungkin Allah ingin memberi pahala sabar kpd kamu dan Dia mahu kamu hanya berbicara dan berkongsi dgnNya. “Cukuplah Allah buatku.” Frasa ayat yg mampu buat hati yg kecewa, terubat. =)

Jom, jadilah sahabat yg baik, yg penuh dgn kasih sayang. Menegur sahabat bukan kerana riak dgn ilmu, tapi kerana syg akn dirinya dan ingin bersahabat hingga ke syurga. Moga Allah menjadikan kita sahabat yg paling afdal dan berjumpa dgn teman yg paling afdal buat kita. Waallahualam.

Tuesday, October 4, 2011

langkah tercipta..lagu semangatku...=)


Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdullilah, masih diberi kesempatan utk berkongsi rasa dlm diari maya ni. mari mulakan dgn tasbih dan tahmid kepadaNya, memuji dan memujaNya. Terlalu banyak nikmat yg Dia berikan kpd kita,dan berapa kali kah kita bersyukur kepadaNya? T_T

Setiap kita pernah melalui masa kelam atau sedih, diuji dan menangis. Adakalanya rasa mcm nk berhenti dan putus asa..namun, ayat cintaNya ini mengingatkn diri semula..

“ dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa drpd rahmat Allah melainkan golongan kafir” Surah Yusuf, 87

Dan lagu ini menjadi lagu semangat yg mengembalikan senyuman dan menaikkan semangat yg sedang goyah..jom hayati liriknya.. =) moga kita snts tabah mengharungi ujian dan cubaan hidup. Dan snts ingat, perhentian hidup kita bukan di dunia tapi di akhirat. Letakkan dunia hy ditangan, bukan di hati.. moga Allah redha..Waallhualam..

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengerang,
namun jiwa ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Monday, August 1, 2011

Madrasah Taqwa... Ramadhan Kareem..


Subhanallah..Allhamdullilah, Allahuakbar..

Tiada lafaz agung yg dapat ku ungkapkn selain zikir dan segala puji buat tuhan sekalian alam.. syukur ku padaNya atas kurniaan iman dan kesedaran utk memperbaiki diri sebelum bertemu dgnNya.. Moga pertemuan ku dgn Mu ya Allah dlm keadaan terbaik ku..

Ramadhan kreem...
hampir menitik air mata ni mendengar nama bulan yg penuh dgn barakah ini..tak sangka, Allah memberikan ku peluang utk bertemu dgn nya lagi ..bagai terbayang kembali ramadhan ku sebelum2 ni...Allah, jahil hambaMu ini.. terima kasih atas kesedaran yg Kau berikan pada hambaMu ini...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kreem.. wahai diri, selamat datang dlm madrasah taqwa..selamat menjalani dan menghayatinya..Allah menjanjikan pengampunan dan ijazah taqwa diakhirnya..moga kita memperoleh pengampunannya dan menjadi hambaNya yg bertaqwa..

wasalam...

s

Sunday, May 22, 2011

tundukkan pandangan itu...agar hati mu terpelihara..

Assalamualaikum.. Alhamdullilah, subhanallah,Allahuakbar.. tiada lafaz yg lagi indah selain rs syukur dan bertuahnya lahir dalam Islam dan diberi kesempatan utk menyusuri kehidupan yg penuh dgn ujian dan cabaran ini..

Hari ini ija nk berkongsi tentang "pandangan mata"...buat lelaki dan perempuan..ija mulakan dgn firman Allah dari surah an-nur ayat 30:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’

Dan ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama ditujukan pula kepada kaum wanita,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’

wahai Adam, kalian sebenarnya mampu mengawal pandangan walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapanmu..dan Hawa, pelihara lah dirimu dari menjadi fitnah buat Adam..

Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan. Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.

kadang2 kita tak sedar, mata yg kecil ini mampu menjadi senjata syaitan dlm menghancurkan kita..pernah dgr kan..dari mata turun ke hati..so, sebelum hati teracun, tundukkanlah pandangan mata mu, sungguh, ia lebih baik utk hati mu..lebih baik mencegah dari mengubati..=)

Berhati2 dan gunakanlah mata yg Allah pinjamkn ini dgn sebaik mungkin..gunakanlah ia utk melihat ciptaanNya dan bersyukur atas kurniaan dan belas kasihNya.. pandang la sesuatu dgn sederhana..

Jom jaga mata yg zahir supaya terpelihara mata hati..sekadar peringatan buat diri kerdil ini dan kalian semua..moga Allah meredhai hidup kita di dunia dan akhirat..

Wednesday, May 18, 2011

pasak bumi...


Bismillahirahmanirrahim.... alhamdullilah, segala puji bg Allah, tuhan semesta alam, pemilik hati ija dan kalian...Allahuakbar, byk nikmat yg Allah berikan kepada kita...subhanallah,cantik dantersusun perancangan terbaik dr Nya buat kita hamba kerdil ini...moga hati2 kita snts berzikirdan mengingati Nya ketika senang dan susuh..

alhamdullilah, Allah masih memberi kesempatan utk ija dan kalian bernafas dan memohonkeampunan dariNya.. dan ija masih diberi kesempatan utk melihat alam dan gunung ganangtersergam indah di bumi Cameron Highlands yg sejuk dan damai ini..

Setiap pagi, ija dan teman2 sekerja akan melalui banjaran gunung.. subhanallah,cantik dantersergam indah..gagah terpasak di bumi.. tapi, ada bahagian gunung yg di tarah dan di rata kn atas nama pembangunan.. sedar tak kita, bahawa sebenarnya kita sedang mencipta masalah..

renung ayat di bawah..:

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu(tidak) goncang bersama mereka..." (21:31)

Proses pembentukan gunung terhasil melalui pergerakan dan pertembungan dari plat2 bumi yangmembentuk kerak bumi. Ketika dua plat bumi bertembung, plat bumi yang lebih kuat menyelit di bawah plat yang satu lagi, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung.Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk tujahan yang dalam ke bawah. Inibererti gunung mempunyai bahagian yang menghujam jauh ke bawah yang lebih kurang sama besarnyadengan yang tampak di permukaan bumi.



"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam plat2 kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan plat2 ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari bergerak di atas lapisan magma atau di antara plat2 bumi.

kesimpulannya, gunung boleh diibaratkan sebagai paku yang menyatukan lembaran-lembaran kayu..

Al -quran sudah menyatakan betapa penting nya gunung.. so, wahai insan sedar lah..tgn kalian sendiri yg menzalimi diri sndr dan alam..jgn dipersoal kenapa semua ini berlaku..renunglah kembali... moga Allah mengampunkan kita semua dan membantu kita dlm mencari redhaNya...


Wednesday, May 11, 2011

sahibahku...


bismillahirahmanirahim...
alhamdullilah,alhamdullilah,alhamdullillah....tiada lafaz yg dapat ija ucapkan selain syukur atas segala nikmat dan kesempatan yg Allah beri pd diri yg kerdil ini...masih diberi peluang utk memohon keampunanNya dan menjalani hidup yg bersisa ini.. da lama x berkongsi cerita kt blog..hari ni ija nk bercerita tentang seorg sahibah ija.. Allah menguji beliau dgn kesihatan..sahibah ada kanser hati...pernah menjalani operation transplant..alhamdullilah,semuanya baik pd awalnya..tapi,takdir Allah da tertulis..sakitnya kembali..ini email dari Dr pakar sahibah ija..


"It's getting hard for all of us. She sick back, there's something disturb her liver functions but we don't know what is it yet. The hardest thing now is her. She's different. I don't know how to explain. She said she's okay, just tired, having fun outside, just go back US, eat like she's okay, smiling and playing but she's sick. She should be just lying on bed in this situation. Other patients didn't even have energy to wakeup. I don't know how she got her strength for that. Whatever she said, did nowadays is not okay. I really want you to talk. Tell me everything. I know it's getting hard for you but don't keep it silence. Please."

Ija terkedu dan tak mampu berkata apa2..sedih, bersalah dan hy mampu berdoa buat dia.. sahibah ija cb gagahkn diri dia dan buat macam org yg sihat..betul apa yg org kata..org sakit ni kadang2 sengaja buat kita marah dan geram dengan perangai depa..depa tersenyum dan ketawa mcm biasa tapi kesakitan yg depa tanggung,hanya Allah yg tahu... sahibah ku,moga Allah berikan mu pahala atas ketabahan mu dan meninggikan darjat mu atas kesabaranmu menghadapi ujianNya...tiada lain yg mampu ku lakukan hy sekadar doa dr kejauhan.. maafkan segala ketelanjuran kata2 andai nasihat dari ku terlalu 'keras' dan ija lakukan sebab ija sayangkn kamu sahibah....T_T

"ya Allah,sesungguhnya aku meyakini apa yg Kau takdirkan adalah yg terbaik buat kami..apa pun musibah atau bentuk ujian yg Kau berikan kepada kami,hamba2 Mu, kurniakanlah kesabaran dan ketabahan hati dalam kami mengharunginya.kuatkan lah iman kami dan letakkn kebergantungan hy pdMu wahai Maha Pengasih Maha Penyayang..."

Wednesday, April 13, 2011

belajar dari alam..


assalamualaikum...da lama x menulis dalam blog ni...alhamdullilah masih di beri kesempatan utk melakar rasa hati dlm laman maya ni..
sepanjang 3 minggu intern kat rawang, ija dan sahibah ditugaskn utk buat self polination utk pokok jagung... mula2 tu agak cm terkial2 juga la, kanak2 baru blajar la kn.. lama2,alhamdullilah,makin cekap... setiap pg berada di ladang jagung tu, ija nampak sesuatu...

"LEBAH"

ija pgl mereka En.Bee.. heeee...sangat comel dan yg paling penting sgt rajin.. dari satu pokok ke satu pokok mereka terbang sambil bawak bebola debunga kt kaki mereka.. Allah assign mereka sebagai pollinator. dan mereka jalankn tgjwb tu dgn sangat baik,amanah dan taat...

subhanaallah,sungguh cantik ciptaanMu ya Allah.. dan yg paling ija malu, en.Bee sgt taat dlm menjalankan perintah Allah..tp ija................. (T_T) astagfirullahalazim... walau pun lebah tu kecil, tp rs tgjwb dan ketaatan mereka sgt ija kagumi dan akn amik iktibar,insyaAllah...

sebenarnya, alam sedang berbicara dgn kita..mereka sedang mengajar kite...belajar la dr alam..dan renungkn ape yg sedang mereka katakn pada kamu..lihat lah dgn mata hati..insyaAllah, ia akn lebih mendekatkn hati mu pd Dia, Pencipta yang Maha Agung....
so,jom belajar dr ALAM! (^_^)