
assalamualaikum...da lama x menulis dalam blog ni...alhamdullilah masih di beri kesempatan utk melakar rasa hati dlm laman maya ni..
kembara seorang hamba..moga peroleh manfaat..tulisan dititip buat peringatan diri sendiri dan mereka yg sudi..masih dalam perjalanan itu..





Bilakah diri ini ‘kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku ‘kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat



Bismillahirahmanirahim.. alhamdullilah..syukur pdNya, masih diberi peluang utk hidup dan meneruskan perjuangan ini. Langkah ini menuju Dia. Entah bila kita akn bertemu dgn Nya. Bersediakah kita? Allahuakbar....
Semalam pagi, masa dlm kelas BeST, bercerita dgn sahabat2 (An, Yassin, Hall, Fieda dan Laila) pasal zaman kanak2 dan zaman silam diri sendiri. Bila teringat masa tu,dah 22 thn berlalu. Ada yg pahit,ada yg manis, ada yg masam.. ada luka yg hy tinggal parut,ada taman bunga yg masih segar kerana siraman kasih syg dr Dia dan kalian,insan2 yg baik hatinya. Depa kurang percaya yg diri ini bermula dgn langkah yg agak canggung dan sumbang, tapi alhamdullilah,ia makin lurus dan bertempo dgn baik. Ia belum lagi sempurna tp sedang cuba sedaya nya utk istiqamah,insyaAllah.
Setiap dr kita punya masa silam. Masa silam adalah guru yg terbaik buat diri ini. Allah mendidik hati ni dgn sgt halus. Walaupun ia pahit pada awalnya, tapi tidak sekarang. Sekarang,bibir ini mampu tersenyum manis,hati ini mampu utk berdegup tenang.Allah bg kita sedih sbb bila kite sedih,kite selalunya akn ingat Dia. Tak malukan kite?
Seorang sahabat kata “ija perfect”. Tak sahabat. Kita tak perfect. Kita hanya insan biasa. Ija pun ada kelemahan yg perlu ija perbaiki. Terlalu banyak.. masa silam ija akn dijadikan pengajaran yg sgt berguna buat masa depan. Cukup lah khadijah.jgn diulang kesilapan dulu. Ija sgt bersyukur sbb ija diberi peluang utk bhijrah dan membaiki diri. Allah sgt baik dgn ija. Dan sungguh, Dia sgt baik dgn hamba2 Nya.Cuma kita yg lupa diri. Ampunkn kami Ya Allah.
Permulaan yg agak canggung, diharap dpt berakhir dgn baik. Itu je harap ija..
Sebenarnya terlalu byk yg boleh dikongsi. Walaupun baru hy 22thn hidup,tp cerita hati nya banyak. Nant ija akn cerita lagi k..mahu membaca jap. Jumpa lagi,insyaAllah.
