In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful... Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan utk berjumpa dan berkongsi.. apa khabar ye? iman sihat? heee... ija jawab utk diri sndr, iman thg update.. virus cm nk masuk tp alhamdullilah, sempat sekat...hari ni ija nk share ayat yg selalu membuatkan hati yg sempit terasa lapang, hati yg gundah merasa gembira dan kesakitan merasakan spt kemanisan iaitu surah Al-Baqarah ayat 216.
Allah berfirman:
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah 2:216]
dan juga hadis ini:
Rasulullah shallahu 'alaihi wassalam bersabda:
انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ
"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian, dan janganlah kalian melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, sesungguhnya hal itu lebih baik agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah." [HR Muslim: 5264, Tirmidzi: 2437, Ibnu Majah: 4132]
allahua'lam.
ija percaya kita semua pernah rasa sedih, rasa kecewa, dan mcm2 lagi.. atas bermacam2 sebab.. Firman Allah di atas membuatkan ija sedar, bahawa apa yg telah tertulis utk kita adalah yg terbaik buat kita dan kita mungkin tak nampak hikmahnya sekarang. tapi bila tiba masanya, akan jelas dilihatkan pada kita. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas dan Dia Maha Mengetahui. Jika diuji dgn kesedihan dan kekecewaan, kembali lah pada Dia. sebab lepas tu hati kita akn lapang dan redha. nak teruskan hidup pun terasa mudah. =)
dan jgnlah mengeluh atau menyalahkan takdir. hadis tersebut menyuruh kita berasa bersyukur dgn apa yg Allah beri. Ramai lagi yg ditimpa ujian lebih berat dan sudah terlalu banyak nikmat Allah yg kita dapat. tak bersyukur ke kita??
hmm,ija rasa cukup setakat ini dulu ya. nant sambung nant.. moga Allah redha.. =) wasalam..
0 comments:
Post a Comment