Wednesday, December 22, 2010

perjalanan itu....


Bismillahirahmanirahim..
Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar..
tiada mampu lagi lidah ini menyebut selain puji-pujian pd Mu..
blog baru dibuka sebagai lembar lukisan kisah hidup ku yg kerdil dan sederhana ini...
selalu diri ini mengingatkan pada hatinya, tabahlah kamu menghadapi dunia,walau pahit mcm mana pun ia..tabahlah kamu di hadapan insan tapi hakikatnya hati ini rapuh dihadapan tuhannya.. tak terdaya mendongak ketika berteleku di tikar sujudnya..terasa malu,kerdil dan siapalah diri ini..

namun,perjalanan ini masih jauh,insyaAllah..namun,bila tiba saatnya,ia akn terhenti bila nafas terhenti dan diri ini menghadap tuhannya.. permulaan ku tak sebaik kalian,namun harapan ku hanya satu..mohon pd Mu ya Rabbi,jadikan pengakhiran hidupku yg terbaik dan diri ini menghadapMu dlm bersedia dgn bekalan dr dunia..

wahai diri, ingatlah kamu bahawa dunia ini hanya sementara..akhirat jua lah kekal abadi.. pujian itu bagus namun terlalu banyak akn melalaikan hatimu..letaklah dunia di tangan mu dan sentiasa lah akhirat terpahat dihati mu...redha lah setiap ujian yg ditakdirkan pd mu..senyumlah diri kerana Allah sudah memberi nikmatnya pd Mu.. tak terhitung banyak, bersyukurlah..

berhati-hatilah dgn dunia.. insyaAllah,see ya!

perkongsian kali ini :

" dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu,tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu" (6:17)

fikir-fikirkan ya wahai hati-hati yg merindui Nya..

0 comments:

Post a Comment