Friday, December 30, 2011

kamu sebagai cermin..^_^




“Rasullulllah SAW bersabda: setiap kamu merupakan penjuru dari penujuru-penjuru Islam. Musuh akan menyerang melalui penjuru kamu maka pertahankanlah penjuru kamu”


Macam pernah dengarkan hadis ni? ^_^ Hadis ini menjelaskan bahawa kita adalah duta-duta Islam dimana pun kita berada. Segala yang kita lakukan, sepatutnya kita cuba untuk menjadikan ia ibadah dan semua tempat adalah mihrab. Bukan muslim melihat kita sebagai insan yg membawa islam. Kita duk kata islam itu tinggi, islam itu indah, islam itu cara hidup yg lengkap. Dan mereka mencari dimana berbezanya kita dan mereka. Tang mana hebatnya islam yg diuar2 kan?? Andai kita sama dgn mereka, dimana lebihnya kita sebagai org islam. Depa makan rasuah, kita duk tumpang sekaki, depa bergaduh sesama mereka, kita pun nak buat perangai cam depa. Dan ada segelintir insan yg lebih buruk sikapnya dari yg bukan islam. Hilang identity islam dalam dirinya. Yang tinggal, hanya nama pada kad pengenalan ja yang ada bin atau binti dan agama. Moga Allah menjauhkan kita dari bersikap begini. T_T


Allah berfiman:

“kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yg makruf dan mencegah dari yg mungkar dan beriman kepada Allah…”Ali-imran: 110


Kita umat islam adalah yg terbaik jika kita bersikap seperti diatas. Namun, sekarang banyak yang kita lihat kita menjadi fitnah dalam agama kita sendiri. Islam dipandang rendah kerana sikap kita. Ditindas kerana kesilapan kita sendiri. Jangan disalahkan takdir kerana Allah menyuruh kita berusaha terlebih dahulu. Takdir terletak dihujung usaha manusia. Kan Allah dah kata, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tak mahu merubah diri mereka..


Sikap kita sekarang, rasuah merasuah, tindas menindas ibarat biskut makanan harian kita. Dah jadi macam tabiat pula. Hilangnya rasa malu pada Allah dan terpijaknya iman kerana pangkat dan dunia menyebabkan kita sendiri menempah nama untuk kegagalan. Bukan hanya kegagalan di dunia, di akhirat pun sama. Dan yang paling kita takut, kerana sikap kita yang buruk, insan yang tidak mengetahui tentang islam akn memandang islam agama yg buruk. Mereka yang tertarik dengan islam terus berhenti dari mengkaji islam kerana melihat sikap kita. Nauzubillah..


Oleh itu, marilah kita semua bersama2 membaiki sikap kita. Jangan sampai kita menjadi fitnah dalam agama kita sendiri. Pertahankanlah penjuru kamu. Tak kiralah siapa kamu, ahli politik, doctor, petani, pemandu. Kita yang membawa islam. Saya pun menyeru dan mengingatkan diri saya juga sebenarnya. Kadang2 kita terlupa. Kita bukan maksum dan sempurna. Iman kita pun ada masa turun naiknya. Inilah masanya kita saling ingat mengingati. Ingatlah resmi kita sebagai umat islam..kita semua adalah bersaudara. Takmil wa istikmal, saling melengkapi. Moga ada kesempatan lagi utk bertemu. Waallahualam.

Sunday, December 4, 2011

Dia tahu.. ^_^


bismillahirahmanirahim,

alhamdullilah, akhirnya hari ni Allah izinkan saya update post. dah lama rasanya tak berkongsi dgn kalian.. meh, saya mulakan dgn beberapa situasi yg mungkin kita pernah buat, sedang buat atau bakal buat. =] situasi mungkin akn berubah mengikut persekitaran.. ^^

[situasi 1] " takpelah masuk keje lambat sikit. bukan bos tahu pun. boleh pi minum teh tarik dulu..hehehe" atau " weh, tolong punch card aku nanti ye. nak balik awal. ada hal dgn kawan."

[situasi 2] " ala, buat assignment ni ala kadar je lah..bukan banyak pun carry mark nye..satgi nak pi main boling kat Queensbay lambat org plak.." atau " aish, apelah lecturer ni bagi keje banyak2. orang nk tgk drama korea ni pun tak senang.." buat sambil mulut membebel.

pernah tak kita alami situasi macam ni? banyak lagi situasi sebenarnya. tapi saya bagi contoh dua ni je la. mungkin ada yg pernah, mungkin ada yg pernah tgk peel manusia begini.

jom, renung ayat cinta ini:


"dan katakanlah ' berkerjalah kamu, maka Allah akn melihat pekerjaanmu,begitu juga rasulNya dan org2 mukmin dan kamu akn dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan" at-taubah:105

erk?! Allah melihat rupanya. Ye, Allah melihat apa yg kamu kerjakan. bukan hanya dari sudut perkerjaan je, niat hati kamu juga Dia ketahui. dan kita akn diberitahu semula apa yg pernah kita buat..

jika kita dapat merasa Allah melihat setiap apa yg kita lakukan dan yakin bahawa janji Nya benar, nk buat benda tak baik pun kita tak berani dan kita akn sentiasa nk buat kebaikan.

meh, kita renung kembali..macam mana kita berkerja..adakah bersungguh2 dan niat kerana Nya atau kita ala2 kadar je atau kita berkerja utk sesuatu seperti duit, nama atau pangkat? tepuk dada, tanya iman ye.. moga Allah meredhai kita semua.. waallahualam..