Monday, January 17, 2011

Kasih Mu tak pernah malap utk hambaMu ini..(T_T)


assalamualaikum..apa khabar ya semua hari ni? alhamdullilah,kita masih diberi kesempatan utk hidup dan memperbaiki diri..

hari ni ija tak berapa stabil..hati ni terasa sakit..Tetiba kenangan lama singgah sekejap. Ia membuatkan hati layu dan sedih.. Ija mengharap jawapan dari Allah dari pagi tadi. Dan baru dalam 5 minit before ija tulis post ni, ija dapat jawapannya dr satu artikel. subhanAllah, sgt terharu akn jawapan itu..Allah syg ija dan kalian.. Dia x pernah biar kita sedih.. Dia akn jawab persoalan kita melalui macam2 cara..Allah berbicara dgn kita dan Dia tahu di mana tahap kekuatan hambaNya..sambil taip ni pun ija menangis..terharu sangat.. Ya Allah, KAu Maha pengasih dan PEnyayang..terima kasih akan jawapan itu dan aku akn terus melangkah tabah dgn izin Mu dan kasih syg Mu...

Thursday, January 6, 2011

harapan hati ini.........




alhamdllillah, kite masih diberi kesempatan utk muhasabah dan merperbaiki diri. Astagfirullahalazim, terlalu byk dosa dan khilaf yg telah diri kita lakukan sepanjang hidup ni..Ya Allah,ampunilah dosa kami dan terima lah taubat kami.Kau tetapkanlah hati kami di jalanMu..

lirik lagu ni menjelaskan keadaan kita dan harapan kita yang sebenar.. hati sering mendambakan cinta dr Nya..dan Dia sntsa memberi nikmat Nya pada kita,cuma kita yg terkadang terlupa..... =(

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini ‘kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku ‘kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


Saturday, January 1, 2011

Allah Maha Mengetahui...


In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful... Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan utk berjumpa dan berkongsi.. apa khabar ye? iman sihat? heee... ija jawab utk diri sndr, iman thg update.. virus cm nk masuk tp alhamdullilah, sempat sekat...hari ni ija nk share ayat yg selalu membuatkan hati yg sempit terasa lapang, hati yg gundah merasa gembira dan kesakitan merasakan spt kemanisan iaitu surah Al-Baqarah ayat 216.

Allah berfirman:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah 2:216]

dan juga hadis ini:

Rasulullah shallahu 'alaihi wassalam bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian, dan janganlah kalian melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, sesungguhnya hal itu lebih baik agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah." [HR Muslim: 5264, Tirmidzi: 2437, Ibnu Majah: 4132]

allahua'lam.

ija percaya kita semua pernah rasa sedih, rasa kecewa, dan mcm2 lagi.. atas bermacam2 sebab.. Firman Allah di atas membuatkan ija sedar, bahawa apa yg telah tertulis utk kita adalah yg terbaik buat kita dan kita mungkin tak nampak hikmahnya sekarang. tapi bila tiba masanya, akan jelas dilihatkan pada kita. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas dan Dia Maha Mengetahui. Jika diuji dgn kesedihan dan kekecewaan, kembali lah pada Dia. sebab lepas tu hati kita akn lapang dan redha. nak teruskan hidup pun terasa mudah. =)
dan jgnlah mengeluh atau menyalahkan takdir. hadis tersebut menyuruh kita berasa bersyukur dgn apa yg Allah beri. Ramai lagi yg ditimpa ujian lebih berat dan sudah terlalu banyak nikmat Allah yg kita dapat. tak bersyukur ke kita??
hmm,ija rasa cukup setakat ini dulu ya. nant sambung nant.. moga Allah redha.. =) wasalam..