Wednesday, December 29, 2010

langkah....



Bismillahirahmanirahim.. alhamdullilah..syukur pdNya, masih diberi peluang utk hidup dan meneruskan perjuangan ini. Langkah ini menuju Dia. Entah bila kita akn bertemu dgn Nya. Bersediakah kita? Allahuakbar....


Semalam pagi, masa dlm kelas BeST, bercerita dgn sahabat2 (An, Yassin, Hall, Fieda dan Laila) pasal zaman kanak2 dan zaman silam diri sendiri. Bila teringat masa tu,dah 22 thn berlalu. Ada yg pahit,ada yg manis, ada yg masam.. ada luka yg hy tinggal parut,ada taman bunga yg masih segar kerana siraman kasih syg dr Dia dan kalian,insan2 yg baik hatinya. Depa kurang percaya yg diri ini bermula dgn langkah yg agak canggung dan sumbang, tapi alhamdullilah,ia makin lurus dan bertempo dgn baik. Ia belum lagi sempurna tp sedang cuba sedaya nya utk istiqamah,insyaAllah.


Setiap dr kita punya masa silam. Masa silam adalah guru yg terbaik buat diri ini. Allah mendidik hati ni dgn sgt halus. Walaupun ia pahit pada awalnya, tapi tidak sekarang. Sekarang,bibir ini mampu tersenyum manis,hati ini mampu utk berdegup tenang.Allah bg kita sedih sbb bila kite sedih,kite selalunya akn ingat Dia. Tak malukan kite?


Seorang sahabat kata “ija perfect”. Tak sahabat. Kita tak perfect. Kita hanya insan biasa. Ija pun ada kelemahan yg perlu ija perbaiki. Terlalu banyak.. masa silam ija akn dijadikan pengajaran yg sgt berguna buat masa depan. Cukup lah khadijah.jgn diulang kesilapan dulu. Ija sgt bersyukur sbb ija diberi peluang utk bhijrah dan membaiki diri. Allah sgt baik dgn ija. Dan sungguh, Dia sgt baik dgn hamba2 Nya.Cuma kita yg lupa diri. Ampunkn kami Ya Allah.


Permulaan yg agak canggung, diharap dpt berakhir dgn baik. Itu je harap ija..


Sebenarnya terlalu byk yg boleh dikongsi. Walaupun baru hy 22thn hidup,tp cerita hati nya banyak. Nant ija akn cerita lagi k..mahu membaca jap. Jumpa lagi,insyaAllah.


Wednesday, December 22, 2010

perjalanan itu....


Bismillahirahmanirahim..
Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar..
tiada mampu lagi lidah ini menyebut selain puji-pujian pd Mu..
blog baru dibuka sebagai lembar lukisan kisah hidup ku yg kerdil dan sederhana ini...
selalu diri ini mengingatkan pada hatinya, tabahlah kamu menghadapi dunia,walau pahit mcm mana pun ia..tabahlah kamu di hadapan insan tapi hakikatnya hati ini rapuh dihadapan tuhannya.. tak terdaya mendongak ketika berteleku di tikar sujudnya..terasa malu,kerdil dan siapalah diri ini..

namun,perjalanan ini masih jauh,insyaAllah..namun,bila tiba saatnya,ia akn terhenti bila nafas terhenti dan diri ini menghadap tuhannya.. permulaan ku tak sebaik kalian,namun harapan ku hanya satu..mohon pd Mu ya Rabbi,jadikan pengakhiran hidupku yg terbaik dan diri ini menghadapMu dlm bersedia dgn bekalan dr dunia..

wahai diri, ingatlah kamu bahawa dunia ini hanya sementara..akhirat jua lah kekal abadi.. pujian itu bagus namun terlalu banyak akn melalaikan hatimu..letaklah dunia di tangan mu dan sentiasa lah akhirat terpahat dihati mu...redha lah setiap ujian yg ditakdirkan pd mu..senyumlah diri kerana Allah sudah memberi nikmatnya pd Mu.. tak terhitung banyak, bersyukurlah..

berhati-hatilah dgn dunia.. insyaAllah,see ya!

perkongsian kali ini :

" dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu,tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu" (6:17)

fikir-fikirkan ya wahai hati-hati yg merindui Nya..