Tuesday, June 26, 2012

ibrah sebuah rumah.. =)




Bismillahirahmanirahim,
Alhamdullilah, akhir nya ada juga kesempatan masa yg dapat dicuri utk meng”update” blog. Maaf kerana leka dan terlalai dalam menunaikan tanggungjawab. Dah berhabuk “almari” blog ni. Mohon doa dari kalian supaya saya terus istiqamah dalam berkongsi cerita. Tiada harta dari segi kewangan yg dapat saya sumbangkan, hanya kata2 tanpa suara yg dapat saya nukilkan supaya dapat menyentuh hati saya dan hati kalian, mengingatkan diri pada Pencipta hati.

Hari ni saya nk bercerita pasal “rumah” 

Rumah,
Rumah kita dibuat dari apa ya? Kayu, pasir, tanah, dan macam2 lagi..maaf, saya x de pengalaman bina bangunan.InsyaAllah, nk mencuba satu hari nanti..=)  cukuplah saya katakan 3 unsur ini, kayu, pasir dan tanah merupakan unsur utama utk menegakkan sebuah rumah. 3 unsur ini sangat berbeza strukturnya, berlainan sifatnya. Kayu dgn sifat kerasnya, pasir dengan sifat berbatunya, dan tanah pula berbagai komposisi mineral di dalamnya dan mereka adalah ciptaan Allah. Semuanya berbeza. Boleh tak kita bina rumah yg kukuh dan tahan lama hanya dengan menggunakan satu unsur sahaja? Rumah boleh terbina tapi tak kukuh. Kene ribut taufan, roboh terus. Untuk membina satu rumah yg kukuh, tahan lama, cantik, kita perlu gabungkan 3 unsur ini.  3 unsur ini digabungkan tanpa mengubah sifat asal mereka. Kayu masih tetap kayu, pasir masih tetap pasir dan tanah, masih tanah. Rumah yg terbina, cantik, kukuh dan tahan lama. Dalam menyempurnakan objektif membina rumah yg cantik, kukuh dan tahan lama, kita menggabungkan 3 unsur yang berbeza tanpa mengubah struktur asal bahan. Menarik! =)

Kenapa saya bercerita pasal situasi ini ya? Okay, meh tgk situasi kita sekarang pula. Kita adalah manusia, yg dicipta oleh Allah. dan setiap kita ada persepsi dan pendapat masing-masing. Kita berbeza dari setiap sudut, wajah yg berbeza, perkerjaan yg berbeza, pandangan politik yang tersendiri. Berbeza dari setiap sudut. Tapi kita ada satu matlamat/objektif yang sama, ISLAM. Membangunkan islam, mengukuhkan ummah. Tujuan yang sama, tapi cara yg berbeza. Sikap kita berbeza,  tapi matlamat kita sama. Dah kalau tujuan yg sama, kenapa masih berbalah wahai insan? Objektif perjuangan yg sama, Cuma cara yg berbeza. Ok, mari kita lihat balik pembinaan rumah. 3 unsur berbeza cara. digabungkan kerana untuk membina rumah tanpa mengubah sifat bahan. Sama juga dgn kita. Kita, manusia yg mempunyai pendapat masing2.berbeza, Bergabung utk memperjuangkan ISLAM tanpa mengubah pandangan dan pegangan masing2. Kamu dgn cara kamu, aku dgn cara aku. Dan kita akn bergabung dalam membangunkan islam. Kan bagus kalau begitu.
“eh, kamu x pergi ke kenduri org tu?” “ish, x nk aku.. dia ‘belah sana’. ”
“ mereka tu mcm ni, mcm tu”(menuding jari kearah org lain)
“lantak dia la, dia bukan Jemaah kita”
Meh, sebelum cakap macam tu, kita tengok diri kita dan diri mereka.
Agama, islam= SAMA                                                                     
Bangsa melayu = SAMA                               
Warna kulit, sawo matang, cerah, coklat =SAMA                               
Makan roti canai= SAMA
Hari raya =SAMA                                              
Matlamat memperjuangkan agama dan bangsa =SAMA
Bendera = TAK SAMA

Dalam banyak2 perkara yg kita sama, ada satu perkara je yg tak sama. Yang tu ke kita kene tgk. Alahai insan, sedarlah. Kita bersaudara. Walau berbeza pendapat dan cara, raikan. Bila kita berkata dalam memperjuangkan islam, jgn tgk pada bendera. Politik itu hanya ALAT, bukan matlamat. Cukup2 lah berbalah. Tak larat kami, generasi muda nak tengok.
Bangunkan lah ummah dengan cara masing2. Lihatlah dan carilah titik persamaan dan raikan perbezaan. insyaAllah, kita akn Berjaya membina “rumah” yg kukuh dan cantik.
Waalahualam..insyaAllah akn jumpa lagi. =)