[situasi 1] “aku sedih weh. Kenapa mak ayah aku tak boleh terima dia? Ni kali pertama aku dapat terima seseorang dalam hati aku. Tetiba mak ayah aku tak suka plak. “ beberapa hari kemudian, dalam esakan “ aku da cakap pada lelaki tu dah yang aku tak boleh teruskan hubungan ni. Mak ayah aku tak suka. Memang aku masih sygkan dia tapi aku pilih mak ayah aku. Tapi aku masih tak redha sepenuhnya dgn tindakan mak ayah aku. Macam ada benci dalam hati ni. Dan aku x dapat lepaskan. Semua yg aku buat serba tak kena. Aku rs nk marah dan semua org buat aku marah. aku benci bila ada kwn aku sebut pasal kahwin dan kekasih sebab aku tak boleh bercerita atau bercinta macam depa.”
[situasi 2] “ hmm, buat baik pada org pun bukan dapat apa. Siap ada yg amik kesempatan lagi. Kena tikam belakang senyap2. Rasa macam bodoh pun ada. Pasni takde masa da nk buat baik2 kt org. aku hal aku, kau hal kau. “ detik hati yg penuh dgn kecewa dan dendam.
* situasi berdasarkan pengalaman sendiri atau dari insan lain. sekadar utk perkongsian. (^_^)
Bismillahirahmanirahim,
Syukur, dgn berkat dan rahmat kasih sygNya jari2 ni masih dapat menukil coretan buat perkongsian dgn saudara-saudari seiman ku. Hmm, pernah kita hadapi atau melihat 2 situasi diatas dalam kehidupan kita? Mungkin bukan kita mengalaminya. Tapi ada insan lain yg Allah uji dgn situasi begini. Dan bagaimana mereka selesaikan masalah hati mereka?
[situasi 1] tindakan yg betul apabila menolak seorg lelaki yg baru dikenali dan dicintai demi ibu ayah yg membesarkan dan banyak berkorban utk kita. Bagi soalan kenapa ibu ayah tak dapat terima lelaki tu, mereka ibu ayah ada alas an tersendiri. Ingatlah tiada ibu ayah yang tak sayangkan anak.Dan Allah ada jawapannya mengapa Dia uji kamu begitu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS 2: 216).
Yakinlah, janji Allah benar. Jika insan itu ditakdirkan buat kamu, walau sejauh mana pun kalian terpisah, walau semua org tak memberi keizinan, dgn kuasa Allah, tuhan yg memegang hati manusia, pasti kalian akn bersatu. Buat masa sekarang, belajarlah untuk redha dan berharap hanya padaNya. Ya, buat masa terdekat ni, hati akn terasa sangat sakit. Semua rasa serba tak kena. Jangan risau, ia tak lama. Ibarat buat latihan tubi untuk badan. Mula2 latihan memang sakit satu badan, tapi bila da biasa, segalanya mudah. Walaupun tekanan yang berat pun, badan mampu untuk menghadapinya. Begitu juga dgn hati. kita buat latihan tubi buat hati dengan banyakkan zikir, tadabbur, qiamulail dan berpuasa. Pasti, hati akan sangat kuat dan dekat dengan Allah, insyaAllah.=)
Sabar, redha dan masa adalah ubat segalanya. Sabar dan redha bukan bemaksud berdiam diri. Ruang masa yang ada digunakan untuk memperbaiki diri. Kan lebih baik? =) bab jodoh adalah rahsia Allah. kita sebagai hamba berusaha utk menjadi hamba yg baik dan taat. Dan Dia akn kirimkan insan yg taat dan baik juga utk kita..insyaAllah. berbaik sangkalah pd Allah. Allah Taala berfirman menerusi sebuah hadis qudsi: “Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu maka berprasangkalah ia kepadaKu sesukanya” maka, kalau kita bersangka buruk, buruklah yg kita perolehi. Kalau kita bersangka baik, maka baiklah jadinya.insyaAllah.. =)
[situasi 2] manusia sifatnya pelupa dan sering buat kesilapan. Kadang2 kita sendiri pun lupa nk ucapkan terima kasih pada mak ayah yang da banyak berjasa pada kita. Inikan pulak orang yg baru kita tolong sekali dua.mungkin dia lupa nk ucap terima kasih pd kita. Takkanlah hanya kerana seorang yang tak menghargai pertolongan kita, habis semua orang kita tak nak tolong. Hanya kerana seorang yg menikam kita, habis semua orang kita tikam semula. Kita marah andai ada orang yang menikam kita, dan kalau kita membalas balik tikaman tu, apa beza kita dengan orang yg menikam tu?? Sama je la kita dengan dia kan?
Silap yang selalu kita lakukan adalah bila kita buat sesuatu, kita mengharapkan penghargaan atau balasan dari manusia. Bukan semua orang pandai menghargai. Bila kita buat sesuatu kerana manusia, dan mereka tak menghargai bantuan kita, mulalah hati akn merungut2. Hmm,hati yg ikhlas,akn merungut2 ke? Tepuk dada,Tanya iman. =)
Meh,Kita ubah pulak situasinya jadi begini. “ tak pe lah. Mereka tak hargai tapi Allah hargai. Aku lakukan segalanya ni kerana nk meraih redhaNya” kan tenang hati.lapang dada nk buat baik lagi sbb kita tahu matlamat kita buat kebaikan bukan kerana manusia tapi kerana Allah.. =) Allah sentiasa menghargai hambaNya. Walau sekecil mana pun kebaikan yg kamu buat, akn Dia hitung dalam neraca pembalasan nanti. Dengan syarat, kamu ikhlas.
Kepada yang kena ‘tikam’, jangan risau. Berlapang dadalah. Hubungan kamu dengan mereka adalah tanggungjawab kamu dengan Allah. dan hubungan mereka dengan kamu adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. kan setiap kita mempunyai tanggungjawab terhadap manusia.
Kesian pada yg ‘menikam’. Hati mereka ada masalah. Kita yang diizin Allah dapat kefahaman islam sepatutnya membantu mereka. Kejahilan tak boleh dilawan dengn kekerasan. Islam kn agama yang penuh kasih sayang. Dekati mereka dengan rasa sayang dan belas.
Kesimpulannya,. kedua2 situasi ini dapat diselesaikan dengan iman. Andai kita yakin bahawa Allah yg menyusun kehidupan kita dgn sebaik2nya dan berharap hanya pdNya, yakinlah hati akan menjadi lapang dan tenang. Walau apa pun luka dunia yang datang menghiris, ia tak meninggalkan bekas pada hati kita dan hanya dgn iman dapat merungkai keserabutan hati. Jadi, jom! Mantapkan iman.sebab itu benteng terkuat kita..(^_^)